Sunday, March 1

Cara aku diet

Aku bukan dietian ,..sahaja nk share rahsia diet aku .. n3 mungkin panjang

First tu aku review nampak pic sendiri yang ni.. huh mmg hodoh kot.

mmg tak sedar berat naik... bila nampak pic automatik terus frust tgk even hubby pernah bg hint pergi cabut2 rumput kat luar rumah arwah makayah mentua tu.. aku boleh bg jawapan 'mentang2 syg gemuk' padahal adik suami aku pun gemuk tp tk sebesar aku..so mmg total aku malas..haha..


ok tak payah cite sedih kenapa aku gemuk.. kita terus cara aku diet..

bulan 12 /2014
mmg tk konsisten pun

berat aku 116kg,
 inisiatif diet aku adalah makan bihun goreng sblm pukul 7.. 
senaman just jalan2 tgk bilik guest ..sbb aku keje part time kat chalet. kira jalan2 laju depan belakang..makan sayur lauk sahaja.. bekpes tkde terus lunch masak sayur *wajib suruh hubby aku beli 
boleh la turun 3 kg.. walaupun diet cincai hahah

bulan 24/ 1/2015
timbang 113kg so target 100kg*bonda dan mmber aku cabar
start diet amik bekpes, minum pagi, lunch n dinner 
menu aku hari pertama
bekpes : minum susu coklat
minum pagi : 1 bj karipap
lunch : sayur/ikan
dinner : buah lokam *b4 7am
air masak 3liter
400ml green tea+ lemon
400ml green tea without lemon

no exercise

Dalam cabaran14 hari mmber aku semua follow ..in the end hanya aku berjaya habiskan cabaran 14hari tanpa nasi even nowdays tk makan nasi sehingga berat aku mencecah100kg baru aku akan makan nasi hanya setengah genggam sahaja then buat target baru..

2/2/2015

aku stop makan malam, just amik 2 sudu pati delima. kalau kuar makan dengan kawan2 aku pasti member aku akan makan b4 8pm pastu jalan2 sopink.. kira mcm pandai2 la nk cut kalori yang aku amik tu..pilih senaman yang korang suka..aku tau ramai tk suka jogging so korang boleh buat zumba sbb aku mmg suka senaman indoor, berat mmg turun byk jugak aku rasa la. dari 116kg - 109kg.. aku diet tanpa ubat.. ada yang kata mcm atkins..ikut korang la.
 aku tau ramai yang susah nk minum air masak so add lemon
botol air untuk 2liter
air masak + air panas = air suam
air suam + 4 keping hiris lemon tanpa buang kulit
rasanya akan pahit2 masam 

pahit tu menyebabkan aku kurang selera nk makan junk food.. 1 minggu berat aku akan turun dalam lebih kurang 1kg atau 600gm.. ok tu jelah untuk n3 ni.. nombor ditimbang mungkin nampak sama tk berubah tp dalaman rasa light bila naik tangga tk tercungap2 sgt..
ok done my diary diet.

assignment tolak tepi share tip diet
wakaka


Friday, January 30

Review 2015 : Medicated Deep Heat Lotion


 Sumber Google.


 Kepada mereka yang nak kurus secara sihat dan semulajadi..aku nak sharekan benda ni dan diingatkan aku bukan pengedar /agen tetapi HANYA PENGGUNA BIASA

Let's begin..
produk ini dari Susuk Dara Resources.  Bahan yang digunakan adalah semulajadi. Produk ini tidak dijual di kedai2 jamu kecuali pengedar /agen yang sah.. kalau berminat boleh review blog tentang produk ini..

Apa yang aku suka 
  • rasa tidak melekit even selepas mandi tidak seperti lotion pemanas badan yang lain. Ia diserap sepenuhnya.
  • sapu pada bahagian tubuh yang sakit akan hilang pada keesokan pagi *insya ALLAH
  • bonus untuk kurus jugak (^___^) 
  • Bahan semulajadi

 Apa yang aku tak suka
  • bersin batuk bila pakai *mungkin terlebih pakai 
  • kena pakai glove sbb benda ni panas pada tapak tangan sebab kulit tapak tangan nipis berbanding dari tapak kaki.

Medicated Deep Heat Lotion
RM 48


*review setiap orang adalah berbeza2 jika ada masalah sila rujuk kepada siapa anda membeli. 


Sunday, August 10

Beauty is .....

Assalammualaikum.. 
Korang suka cantik tp malas nk peduli hal tu kerana kesibukan dunia lain selain daripada kecantikkan atau reward untuk diri sendiri dah kurang atau memang korang sebenarnya.....?? Pucat tu cantik?Hurmm ok diri korang kan?


Since umur aku dah menginjak 3 series.. aku dah berazam 2014 ini kena amik secara rutin supplement yang memang aku ngan family aku makan tapi biasala kadang beli kadang tak beli..tu dulu punya cerita, sekarang amik walaupun vitamin C, untuk hubby pun aku suruh dia makan vitamin C jugak.. beli hadiah besday *guna duit elaun claim balik dengan BR1M boleh?? ahaks ~


cerita banyak pun tkde guna so meh tunjuk gambar.

yup shaklee
benda ni untuk dalaman badan


ehsan dari mr gogel. 
untuk muka guna ni sekali sekala untuk melembap kulit yang sunburn selalu..even dah ada vit E, aku suka pakai ni sebab triple moist ..


dan make up untuk student a.k.a isteri orang guna yang macam ni..make up jgn over cuma light2 je bagi muka nampak fresh je.. kecantikkan isteri untuk suami..


boleh tengok tutorial make up ini, simple dan tak over sangat... aku tgk 100kali..hahaha *kannn.


dan nak wangi yang sweet aku pakai ni je..

Monday, May 5

Ketiak Lecah

Since kawasan tempat aku ni tk hujan haze memanjang ditambah dengan kepanasan yang tidak tercapai akal aku.. kapasiti untuk ketiak berpeluh macam lecah adalah sangat tinggi... bila jadi mcm ni malu la kan ...mula temper je sebab tak selesa even pakai deodorant yang paling mahal sekali tidak mampu menutup aib ketiak kan..


Aku memang teruja giler bila blogger fyna review pasal deodorant smelly no more.. kebetulan classmate aku nk pergi Giant so aku dengan duit ada cukup makan terus grab tu.. dah beli hampir 4 hari..aku kagum sangat sebab aku ni tubuh besar a.k.a mok mok jadi chance untuk peluh tu macam mandi pagi la so bau tu akan terbit bila peluh dengan guna smelly no more langsung takde aku buh kat ketiak dengan leher je manakala belakang lutut dengan kaki belum lagi...coming soon la.. biar penat nak basah kepala deodorant smelly no more ni janji ketiak aku tk bau dah... 


deodorant lain aku tkpakai dah...malu bau deodorant bila peluh serius...orang tubuh besar harus grab benda mcm ni.. jgn biar kebusukan tubuh menghalang korang utk happy..
total image Smelly No More serius patut ada... 

dah macam iklan radio...

Saturday, January 18

Cantik dan Kurus versi aku

Assalam'.. lama giler tak menaip sejak bulan 8.. now im back.. n3 yang aku ku coret adalah kisah cantik dan kurus...orang ppuan kalau search mesti cari tip kurus dan cantik..im women too.. cantik dan kurus adalah subjektif ok...believe i   or u are beauty inside n outside...


tahun 2014, aku consume semula shaklee yelah tengok pic tunang 9.7.2011 kurus dari sekarang
pic masa tunang
masa ni tak makan nasi hampir 1 tahun.. pastu makan shaklee alfafa dengan lecitin mmg kurus la..tambah lagi g gym workout 30min dan sauna 1 jam.. best sangat.. now pas kawin mcm debab terlampau yela sebab lama tk consume shaklee .. masa ni tahun 2011 pastu 2012-2013 tk amik mana2 produk kurus ke cantik ke sbb angah aku marah kalau aku beli produk yg tak tentu hala pastu tk kurus dapat penyakit lain pulak... walaupun anak sulung aku tetap kena warning dengan angah hal kurus ni...

 aku dengan angah aku..amik pic tangan sasa tu adik aku no 4..pic masa wedding sebelah langkawi, hubby yang bertanjak..

so nowdays, aku sedang berusaha untuk terus kekal sihat dan kurus tp tkmau kurus kering sangat.. so nk consume terus shaklee even im still student...pakai elaun la..duit hubby duit belanja lain hoho.. elaun beli handphone? tak main la tu zaman masa aku buat diploma umur masa tu dalam 20an gitu... elaun sekarang nak consume kurus dan cantik yg boleh tahan hampir 6bulan..siapa taknak kan??


cantik kena perbaiki dari dalam bukan dari luar... aku consume shaklee bukan kerana aku pengedarnya tp sebagai pengguna..


Saturday, August 31

Macaroni Va Va Voom

Tengah malam 31hb ni aku nak share resepi macaroni yang memang mudah dan va va vom.. Especially student yang duduk kolej kediaman atau dimana - mana sahaja. ..Aku tak tau la korang boleh bawa periuk nasi atau tidak.. Aku bawa tapi bukan selalu masak macam kat rumah hanya guna untuk weekend sahaja..Kalau hari2 masak memang taklah kan!!



Bahan - Bahan :

macaroni harga pasaran RM2.69 *beli kat mydin Terengganu

 Sardin 1 Malaysia RM 1 *pakai kad siswa :P

sambal instant kokomo RM 7.90 *beli di Giant

Mayonis Jepun 



cara penyediaan

1 1/2 cawan Macaroni rendam dengan air panas 8 - 10 minit tanpa garam,minyak atau apa2 sahaja. Sebelum tapis,rasa macaroni dah lembut atau tidak,kalau dah lembut,boleh tapis macaroni.*macam korang masak maggi goreng jugak.


Masuk 1 tin sardin hancurkan, 1/2 sudu sambal dan 1 tin sardin air gaul sebati dan tunggu didih pastu masuk macaroni  letak sikit air supaya bahan tidak lekat jgn sampai berkuah sgt just agak2 je.*jgn banyak just agak2 je.Periuk biar dalam keadaan keep warm dalam 2 minit. then boleh hidang panas dengan mayonis jepun. 

atau

korang boleh buat cara ini..before go breakfast
Macaroni *terpulang berapa banyak korang nak makan  rendam 8 - 10 minit dengan air panas sebelum pergi mandi
then after bath korang bancuh sup instant macam campbell dengan vono ikutla korang nak rasa apa aku suka campbell cheese with crouton jadikan ia pekat sikit pastu gaulkan rata ngan macaroni tadi pastu leh makan..*boleh avoid makan maggi jugak..

* aku respect kepada penulis blog resepi sebab aku nak tulis resepi mudah ini sepuluh kali susun ayat walhal benda biasa jek..





Friday, July 26

Iklan Raya Petronas 2013

 


Wednesday, July 24

Ginvera White Tea

     
 Stress kalau rambut kering susah nk sikat...nk potong pendek jek kan? Aku la tu... gile kusut macam nak patah sikat dibuatnya..  Ahad sementara tunggu lappy aku kena format aku, singgah sebentar di Guardian.. nak cari minyak rambut yang murah *cheapskate..

So aku jumpa yang ini
 
ihsan google images.
dan serius aku suka ..
Aku baca kat salah satu blogger yang review produk ini tk ingat blog mana then dia kata botol ini adalah dari kaca so aku pun tgk balik dari pembelian yesza its true dan aku letak dalam laci supaya elak dari tejatuh ke lantai... penutup dari plastik so apabila korang beli jgn pegang di penutupnya ..mudah terlucut.. kalau pecah akan merugikan.. 
Harga RM 19.49.. Offer price.
Aku suka pakai selama 3hari ini sesuai untuk yang bertudung mcm aku yang normal hair... aku jenis cuci rambut kerap..so penggunaan serum amat penting,... pastu masalah kusut pagi hari sebelum ini telah selesai... 
Aku beli aku share xperience.. tkdapat duit pun...sbb rata2 yang review produk mcmni dalam n3 english... 

Clenx Tea..erk??

Rata2 ramai gak yang beli Clenx Tea.. pelbagai cerita yang dicanang...komen dari rakan blogger minta pandangan rasa,bau,pengalaman dan pelbagai lagi...

Clenx Tea? Erk? Aku tk pernah amalkan amik produk apa2 sejak di marahi oleh adik aku angah...kata2 sinis mmg aku tk beli produk dan bawa balik kalau tkde kesan yang menyebabkan aku ramping ala2 Ratu Kebaya..* tk de harapan..

Dengan rasminya, hari Selasa bertarikh 23hb aku beli Clenx Tea share dengan classmate aku beli pack besar devide 2 equal same with 25each .. so ikuti pengalaman aku selama 2 tegbag *agak poyo


Teh pertama 
23hb Julai 2013
Malam itu bancuh teh warna light tk pekat macam teh blogger dalam pic tu...sedap rasa..
Sahur tkde rasa buang pun just small water only *rojak
Kelas aku start 7.45am, pagi buang biasa *sbb memang mudah buang pagi.. 
 Habis kelas 2.00pm buang lagi that mean twice aku g toilet rasa takjub boleh buang 2 kali 
kalau sebelum ini,small water only..sbb puasa kena minum air kosong banyak elak hydrate..

tk sempat sahur sebab bangun lewat so no tea

b4 sleep minum teh pertama lagi...then buang..bancuh pekat sikit bau inai..telan je..


 Teh Kedua
24hb Julai 2013
  
 Bangun pagi serius tk penat langsung.. badan segar jek
After Suhoor Meal, teh aku bancuh pekat sikit macam biasa.. kali ini seharian aku menjadi sahabat toilet..tp tkde cirit birit macam nak pengsan.. cuci perut perkumuhan warna hitam tu najis tempelan yang terlekat di sekitar usus,... badan rasa ringan je... 

senam, 8 gelas minum air 0 /day, dan kontrol makan 
resepi kurus secara sihat.

Kalau nk tau effect kat korang mcmner korang belilah share ramai ... 

sebab aku beli Clenx Tea ialah
 kalau bulan puasa effect angin dalam badan memang terbaik...sampai kan rasa nak nangis... nak kentut malu roomate ada muhehehe
Classmate aku yang join beli tegur tummy aku boooncit..*malu


*blog ubah wajah sbb ada problem siapa yang tahu blog ni pasti nampak apa dia kat n3 tu... Merah lucky colour. :)

Tuesday, July 23

Barang Spontan in List

kita membeli sesuatu barang tidak terjangka apakah rasa kesal terkembang dalam hati korang? pernahkah berlaku atau aku je yang rasa sorang diri?? tell if u are like me too..* rojak..
ini la 2 perkara yang aku ter beli ..haha.. satu eyeliner liquid n clenx tea ... 

Selalu jugak doa harap2 dapat beli Clenx Tea sbb senior aku minum dan aku rasa badan aku pun nyah toksik yg terkumpul walaupun aku bukan la jenis sembelit ni..Alhamdulilah cuma sejak kawin tummy semakin kembang bahagia bukan ada bby lagi... cuma bahagia jek.. hehe *sila jgn muak


Eyeliner liquid hitam nk pakai ala2 mak arab..biasalah feeling lebih aku ni... *kata2 perasan sendiri..
so nk review both this item..see next next next ..n3..in shaa Allah..

*tea dalam pic blog org lain semua pekat ...tk suka nampak tk menarik..haha boleh giteww?
* baca blog english education ttg review product yg tk famous*jarang guna* teruk sgt...pening aku baca,... T_T


Friday, July 12

3 Bulan Yang Lalu

Assalam'..n hey..
Salam Jumaat,.. ready forgot today is Friday.. Terengganu katanyerr..

Since my lappy rosak akibat motherboard mmg sukar nak jimba2 baca blog lain, update status patplohkali dalam twit n fb dan sebagainya.. giler ar tk de lappy rasa tk lengkap hidup..

Last cuti sekolah hari tu majlis kedua - dua belah pihak dah pun selesai.. so dah 43hari manjadi isteri kepada orang ye... so kepada blogger mr.johnson yang hadir lewat petang tetapi bride dah keluar untuk photoshot di Taman Tasik Perdana.. Memang ramai yang kahwin pada 1 Jun 2013...penuh tasik ngan bride so wonderful and colourful..Memang letih tp itu lah kenangan yang tak dapat aku lupa... in shaa Allah setiap pahit yang kita lalui sebelum dan selepas perkahwinan menjadikan kita lebih kuat dan matang ...wah nko!!... So let go to the pic...

 belah aku... pose mcm kekok sbb photograf ni nak kejar light huhu..


majlis di Langkawi,Pantai Cenang..other his side.

so doakan kebahagiaan kami untill Jannah..Aamin.. 

*still study even already married.. now im degree student first year in history..hoho..bye xoxo

Thursday, May 2

Undangan Kawin


Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.


Assalamualaikum...dan Selamat Sejahtera
Dengan rasa hormat dan penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T dengan sukacitanya saya menjemput kawan2,saudara mara dan yang mengenali ke majlis perkahwinan saya 
 
SITI ROHAIDA BINTI MOHAMMAD RUSLAN 
DAN 
HAZRUL BIN HAMAD

Pada hari SABTU,1HB JUN 2013 bersamaan 22 REJAB 1434H bertempat di DATARAN SURAU AL- MUHAJIRIN,BLOK F PPR BATU MUDA,BATU 5 OFF JALAN IPOH KUALA LUMPUR

Semoga dengan kehadiran para hadirin akan menyerikan lagi majlis serta diberkati oleh Allah S.W.T.

Sekian,Terima Kasihh...
Wasalam.....

* siapa2 yang ingin kad undangan dari pihak mempelai sila tulis nama dan alamat .

Thursday, March 28

My Dress

Lagi  63 hari im become bride...doakan dipermudahkan urusan...
jgn nk jd bridezilla sgt la... kalau jadi bridezilla tk mungkin akan membawa sebarang keuntungan mana-mana pihak pun so be rileks and go through it.. 
 
 
Hari ini g fitting baju mmber aku boleh siapkan masa bulan 3 ni so aku pergi yes 2helai dah siap then fitting nampak very loose sgt so measure here n there supaya nampak selesa so done..pay la dulu nt bila dah selesai baru amik semua.. so far boleh la nampak kain itu menjadi baju kawin... hurm nice... 
 
 
rasa macam kelakar bila pakai bju pengantin tu rasa im become somebody belongs after this... yelah rasa macam budak2 je haha... harap perangai budak dapat dikurangkan hoho.. perkahwinan itu satu perjudian pandai mengorak selamat dunia akhirat insyaAllah.. 
 
 
cakap byk tk guna gak jom layan pic yang penuh kerahsiaan ni ...in shaa Allah nt after wedding update all..be patient ok..xoxo
 
 baju tandang di lkwi
 
 baju nikah 

Wednesday, March 27

So Fast *Tetiba

Assalammualaikum n Hola..
Lama giler tk update n3 hurm quit bz here n there..ni pun curi2 n3 *haha sound like poyo 
Just 2 month to go to my big.. amin pray plss..


Rasa pejam celik pejam celik aku dah 30 tahun pun since yesterday.. hurm rasa nak jadi baby je ada orang layan makan minum sakit nangis dan lain yang sewaktunya...if i wish hahah...semua sudah tertulis nanti macam aku tk redha pulak bila semakin dewasa ni..harap aku jadi manusia yang sentiasa bersyukur dan yakin setiap waktu ada Allah di sisi aku..amin..


No more sad again life must go on...aku terfikir macam nak buat other blog about wedding, cerita all stuff yang mana pengantin perempuan dia adalah pelajar institut pendidikan guru so i think must collect all stuff yang mana boleh jadi rujukan b2b out there.. buat masa ni belum decide apa2 pun just berfikir if i wish can do update all time in shaa Allah i will do but i will share here what  i want in awesome wedding on June.. biar bersesuaian dengan budget...


Aku harap semua berjalan lancar dengan mudah.. If u all finish read repekan ni sila drop ur adress untuk post my wedding card...dunt worry ur adress didnt post to public tq...xoxo


Tuesday, February 19

Cantik Dalam & Luar

40 Tips for Happy Health Life in 2013
 
Health:
1. Drink plenty of water.

2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.

3. Eat more foods that grow on trees and plants, and eat less food that is manufactured in plants.

4. Live with the 3 E’s — Energy, Enthusiasm, and Empathy.

5. Make time for prayer and reflection (solat, doa & muhasabah)

6. Play more games.

7. Read more books than you did in 2012.

8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.

9. Sleep for 7 hours.


Personality:

10. Take a 10-30 minutes walk every day —- and while you walk, smile.

11. Don’t compare your life to others’. You have no idea what their journey is all about.

12. Don’t have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.

13. Don’t over do; keep your limits.

14. Don’t take yourself so seriously; no one else does.

15. Don’t waste your precious energy on gossip.

16. Dream more while you are awake.

17. Envy is a waste of time. You already have all you need.

18. Forget issues of the past. Don’t remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.

19. Life is too short to waste time hating anyone. Don’t hate others.

20. Make peace with your past so it won’t spoil the present.

21. No one is in charge of your happiness except you.

22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.

23. Smile and laugh more.

24. You don’t have to win every argument. Agree to disagree.


Community:

25. Call your family often.

26. Each day give something good to others.

27. Forgive everyone for everything.

28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.

29. Try to make at least three people smile each day.

30. What other people think of you is none of your business.

31. Your job won’t take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.


Life:

32. Do the right things.

33. Get rid of anything that isn’t useful, beautiful or joyful.

34. Forgiveness heals everything.

35. However good or bad a situation is, it will change.

36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

37. The best is yet to come.

38. When you awake alive in the morning, don’t take it for granted – embrace life.

39. Your inner most is always happy. So, be happy.

Last but not least:


40. Enjoy LIFE!
aku share n copy 
cdt: facebooker 

Sunday, January 20

Testimoni My Plate

Korang dah buat ke diet my plate?? 
aku dah rasa berbaloi walaupun turun 1kg per week ok la kan sekurang penurunan itu motivasi pada diri sendiri n keep move it..

Apa rasa when portion nasi semakin berkurang  dalam pinggan? mesti kita rasa hurm nanti lapar pulak then you add some more supaya kenyang... betul tak?? Same wif me hahah derm derm.. ok fine.. itu dulu la pas aku buat diet my plate portion nasi hanya 1 senduk je.

Bila aku start diet my plate aku rasa ringan walaupun badan aku tak kecil lagi la ttp sama je bak letcurer pjk aku kata badan aku macam kayu lurus je hahah.. Sistem perkumuhan pun lancar je.. Alhamdulilah..
Selamat Berdiet Bukan Kurus tetapi Untuk Sihat.. Kalau kurus that is Bonus.. :)


Thursday, January 10

DIET MY PLATE

today no anime..

siapa nak kurus cantik lagi sihat??
semua orang nak termasuk aku  juga..yelah berat timbang almost 113kg seriusly aku tk tipu sbb aku rasa kalau tipu tk dapat apa pun kecuali dosa sbb tipu kata aku kurus ...
 
 
well, aku mmg suka nk kurus dengan bonus sihat luar dan dalam..sejak pensyarah baru dari jabatan Pendidikan Jasmani aku suruh kami sekelas lari 2.4km selama 3hari berturut2 why not i take this for advantage untuk misi kurus dan sihat.. so aku pun mula buka blog kevin zahari  dan honeykoyuki.blogspot.com..seorang doktor yang cute..so aku jadi silent reader je malu nk komen heheh..


dia ada kemuka tip diet yang aku rasa aku tk cuba walaupun banyak kali pensyarah pj yang lama suruh aku diet jgn skip meal amik nasi porsi kecil makan sayur lebih..tp aku pelajar degil konon cepat lapar..nafsu dinosour mcm tula..so aku terjah blog Fatin Liyana tu so jumpa pic ni so aku save buat simpanan aku dengan itu aku nak share benda yang baik.

 
aku dah berjaya buat dalam 2hari berturut.. kalau korang nk lebih pembacaan tu boleh try terjah honeykoyuki. so aku cuma nak tunggu minggu depan untuk ditimbang harap leh turun aminnn..


Tuesday, January 1

Gila Stokin..

Welcome 2013...Happy New Year.. Now at Terengganu LOL..
Hujan membasahi bumi wah rasa sejuk sehingga ke tulang kering..  
Alhamdulilah tak rasa panas.. sejuk...
tetapi 
bila nk sidai baju rasa lambat nak kering so terpaksa kering guna kipas bergantungan la pakaian dari kecik hingga ke besarnya... so bertabahla roomate yang kena tahan sejuk sebab kipas no 4 tatkala hujan lebat



Balik K.L mcm tau2 jek nk beli stokin ala kasut yang mcm org kerdil so grab kat Daiso.. yang plain kaler pakai dalam bilik...yang ada pic tu beli kat giant RM 1..nt nak cari lain pulak... 


Saturday, December 29

BRIDe vs SHOES

Kenapa pengantin jalan slow? Aku selalu tanya hal itu tatkala rancangan TV3 malam td I'M LEGEND takde sarikata..What The HAK TUIH la.. mula ada pastu lama takde ...so persoalan N3 ni la menjadi tanda tanya tatkala adik aku sibuk cari kasut ala pwincess tu...* aku tau baca cite Farah hahahh..


Aku pun mula sibuk ikut dia cari kasut ala pwincess tu...yelah majlis aku will coming soon..always pray for that aminnnn... akhir pencarian adik aku jumpa kasut ala pwincess tu so aku ngan dia try la jalan ala model mencat walkkan kasut ala pwincess tu... pastu aku cakap kalau dh ada tk payah beli kasut kawin, unfortunely aku dh pun beli kasut untuk majlis tu..so bertabah jelah...


Kembali pada persoalan tu kenapa? Mengapa? Haruskan..jawapannya aku dapat setelah mencuba kasut Marie Claire yang habuk kotak itu...sbb kalau brides pakai high heel yang tingginya 3456inci jalan laju mcm ko naik threadmill kuasa 2* slow dah runner tu.. pasti ko akan tersembam ke depan tk pun jatuh kebelakang takpun terpelecok ouch pasti sakit kot...pastu org snap pic ko jatuh masuk FB..malu kuasa berapa pun aku tk taula..


So the moral of story is pakai tu biar selesa, tk tinggi pun tk pe tkda org nk ukur berapa ketinggian ko masa pakai kasut masa wedding nt... siapa yang kawin dalam penghujung 2012 wish u ll happy n congratulation...pada yang single like me habis masa bujang anda dengan aktiviti berpekdah..




Friday, December 21

Asal Crepe

  Sekarang musim orang orang buat jual makan crepe yang murah yang mahal yang montel yang gebu yang dot dot..ada pelbagai perisa yang di luar jangkaan minda kita sendiri.. betapa kreatif nya rakyat Malaysia ini...


Semalam aku ngan adik aku tengok kitab buku masakan aku yang aku simpan sejak tahun 1999 lagi...sehingga sekarang mmg buat apa sahaja mmg menjadi jek dari Barat Selatan Timur Utara semua ada dalam buku ini, kalau sesiapa yang nak boleh call aku untuk korang photocopy ...

muka depan

 bahagian dalam yang ada tulisan itu adalah bahasa French yang diolah bahasa Melayu..so dijadikan cite aku tertengok senarai tu jumpa perkataan crepe tetapi ejaan ialah spt ini crêpe kalau siapa yang tau sebutan adalah dengar sini... isi buku bahasa Melayu

 yes google translate..

asal crepe ialah dari French ok ...
crepe ialah pancake a.k.a lempeng
yes tu la jawapannya..


tp aku keliru  kenapa bancuhan kulit crepe tu mcm kuih gulung macam mak aku buat jek??
sumber pakcik gogel

 
tepuk dada tanye selera..