Monday, January 16

Apa tu Hostel

Salam 1 Malaysia..
kelas kan first intro huhu..
sejak duk belajar ni terpengaruh ngan teks ucapan yang sering di bacakan oleh pelajar yang hampir gradute..ada pantun seronok dengar bila time pengisian yang penting aku mula la berdengkur dengan secara rasmi...giler panjang kot teks tu...member aku siap gelak cara aku tdo ternganga mulut ..


korang pernah dok hostel tak?? kalau diberikan pilihan oleh penyelia asrama tingkat mana yang korang nk duduk?? kalau aku nk tingkat 1 @ 2 kalau maximum tu rasa macam malas pun nak naik sebab tinggi dan besar kemungkinan naik kurang naik ke atas..ada ke mcm tu??

masa aku duk hostel di SMV Setapak dalam dorm aku ramai gile hampir 9 orang dari kursus yang berlainan...masa tu macam seronok duk jauh dari mak ayah ...lastnya aku nagis setiap minggu nak balik sbb aku jenis homesick yang terlampau..boleh ke?? pastu dapat lak kat UiTM Shah Alam..ahli bilik ada 8 org ramai kan aku duk hostel pun sekejap je di UiTM pastu pindah ke rumah sewa..masa tu harap ptptn jek la makan catu ..kurus sikit hahahah... 

bila dapat belajar balik,duk hostel di IPGKDRI ahli bilik seramai 2 orang cuma bilik air jek tak seindah UiTM  almaklumlah kami ni dibayar elaun so bersyukur apa yang diberikan oleh pihak Institusi...so korang ada pengalaman duk hostel tak?? Jom Kongsi sekali..

2 comments:

logorithm said...

I dah duduk hostel sejak Form 1 sebab masuk SBP. Malam pertama tuh memang sungguh menyiksakan. Maklumlah baru berusia tak sampai 13 tahun dah kena berjauhan dari keluarga. Memang menangis lah tapi secara senyap-senyap time tidur. Emak pulak pada malam pertama I berjauhan tuh, dia bangkit tengah-tengah malam menjenguk katil I. Kosong. Menitis jugak air matanya... tak tahu apa yang sedang berlaku kepada anaknya...

Pas tuh I selalu kena buli ngan senior sebab I minoriti sana. Beberapa orang lagi budak Cina yang masuk sekolah tuh tak bertahan lama sebab tak biasa dan tak tahan kena buli. Last-last tinggal I sorang jer budak Cina dalam batch tuh yang bertahan sehingga ke Form 5.

Habis SPM, I masuk UTM Skudai. Duduk hostel lagi sampai habis diploma. Empat tahun kemudian I sambung degree kat UTM lagi. Duduk hostel lagi untuk selama 2 tahun. Pas tuh I pindah duduk luar semasa tahun akhir...

aida-myasara said...

sukar sebenar nya nk duk hostel setelah lama bekerja kalau duk luar lain rasa mcm duk ngan family walaupun hanya kawan2..

paling geram duk hostel ni tak de waktu kelas abis,terpaksa mandi midnight..tkpun esok pagi..euwww tak sanggup so mandi midnight...