Sunday, September 9

Tk Reti Bahasa

Asaiment makin kurang next month mesti ulangkaji dan raya haji ..


n3 panjang sila makan kacang tanah 3kg untuk elak boring

Semua orang ada masalah bekerja dengan manusia yang selfish yang hanya tahu nk menggunakan hak orang lain demi kepentingan diri sendiri. Aku rasa menyampah dengan manusia yang bagi sesuatu pastu minta berulang kali sebagai contoh laptop nak pinjam buat asaiment. 1st time boleh la bagi sbb aku ,kamu atau siapa sahaja akan rasa kesian sebab kawan korang nak siapkan keje pensyarah bagi.. tp selama mana yang boleh korang bagi pinjam sedangkan korang pun nk ada gak asaiment lain perlu dalam sepanjang tempoh pengajian korang kan??? dan kawan korang pulak macam tak reti nk beli lappy sendiri sedang beli kasut branded, jam dan lain2 boleh?? Kita ini ikat perut nak beli lappy sbb tak nak susahkan orang lain  tp orang lain mcm tk kisah pun yang dia pentingkan kawan aku still bagi pinjam kat aku...adakah peminjam ni kategori TAK RETI BAHASA?? 



then bukan itu sahaja, bila nk print asaiment korang minta ehsan kawan korang print kan..dh minta tolong printkan kertas A4 ko mana?? nak suruh kawan korang keluarkan kertas untuk print kan asaiment ko yang setebal kamus dewan bahasa pastu nk minta edit sikit bagi kemas..HELO?? kawan ko tk de keje lain ke selain nk layan perangai ko yang mengada2 tu kalau nk beli printer dengan lappy sendirila..



elaun gomen bagi sama rata dh tk kurang 1sen pun, pastu dapat baucar buku RM 200 tambah lagi nk dapat kad privilege lagi pasni...kalau nk setakat nk beli a4 paper 1 rim tu tk lari budget ko sebulan tu.. bukan semua pelajar yang dapat elaun kaya raya pak mak keje cari rezeki peluh ketiak peluh tapak kaki nk bagi senang anak belajar tp bila manusia YANG TAK RETI BAHASA wujud dikalangan kita tu yang rasa menyampah nk berkawan.. kalau kawan kedekut ko malas nk siapkan keje sbb lappy ngan printer tkde.. boleh macam tu?



Kuar result exam bila buka semester baru ko sibuk nk banding2 ngan kawan ko sbb markah ko rendah sedangkan kawan ko tk belajar high result tak macam ko yang baca buku sampai nk mampus jegil tahan mata sbb nak kawan pk ko akan terbaik dari yang lain..then bila drop ko canang salah orang tu salah orang ini...ko ni manusia yang tk reti bersyukur langsungkan?? kalau dah lulus tak repeat tu kira ok la dari kena repeat...



pastu bila ko terpikir sesuatu ko msj orang yang tk bersalah  konon mulut org tu jahat sbb nilai ko tak solat..lantak ko la...bukan budak kecik yang pakai pampers berhingus berjejer dari lubang hidung.. dh setengah abad ko tak solat mmg ko sengaja tempah tiket nerakala kan... pastu bila kawan ko ajak g bandar tk nak pergi pastu ko hasut lak kawan2 ko jgn ikut serta sbb asaiment byk lagi.. ko tk stress ke mengadap lappy setiap minit dengan asaiment tu tk pernah abis selagi ko tak tamat pengajian...kalau nk ko nk gila, gila sorang2 jgn ajak orang lain jd gila jugak.



ni lagi kalau tgh buat asaiment ko leh nk folow senior ko g bandar? WTH?? ko ingat kawan korang ni suka tgk ko terkinja2 macam beruk dapat bunga sbb nk pergi bandar sedangkan kawan ko rasa mabuk kepayang nk siap asaiment nk edit bagai , sbb elaun dan masuk senior ajak keluar..ko tak leh tolak ke? cakap lain kali asaiment kena siap nk kena submit urgent...ke senior ko lebih kurang sama dengan ko? Suka dera kawan ko..patut tkde kawan kesian... 



dua manusia TAK RETI BAHASA ni ada wujud dalam kelas aku..dh la kelas kurang dari 10 orang pastu perangai 2 orang ni memang minta penampar jek...


No comments: