Thursday, February 24

Malaysia vs Pakistan

Semalam aku memang tertinggal nk tgk masa pertama sibuk bergayut telefon sampai terlupa game malam td...semalam cis bengang tul bila waktu gol aku tak sempat so habis separuh masa pertama...!!! kalau nk tgk masa kedua dah malas so aku layan HBO..pagi ini aku g mencekik roti canai planta dengan milo ais peghhh..terbaik tul la makan pagi...tiba2 telinga aku rasa panas disbbkan oleh seorg pakcik ni borak member yang makan di kedai tu
"ala setakat Pakistan apa sgt la Malaysia ni...cuba lawan dengan  Korea ke China ke mahu kalah rasanya"
aku bangun terus ke arah pakcik tu terus simbah kari kat kepala dia dan aku blah dari situ sbb dia kutuk pasukan Malaysia...ok itu hanya ilusi aku sahaja..heheh korg jgn marah aku... marahla pakcik tu sbb aku rasa dengan kejayaan Malaysia semalam membuat maruah pasukan bola sepak kita ni di kenali dengan cara sebegini ekonomi negara kita meningkat naik..itu lah mentality org kita asyik nk kondem org je..nk jugak aku tanya pakcik ke yang main bola semalam? kalau tak duk diam sudah tak perlu nk tentu siapa yang terbaik atau tidak...wah tiba2 aku emo lak...Kepada Harimau Malaya tahniah dari aku..jadi buat lah yang terbaik sbb manusia akan sentiasa bercakap samaada waktu korg kalah mahupun menang mulut org bukan boleh tutup.
p/s: aku rasa pakcik tu nk jd jurulatih kot? hahahaha

3 comments:

Serindit Biru said...

yela pakcik tu pun, kalo kalah lg teruk dia kutuk kut...

Sari Yusa Ibrahim said...

kalo pakcik tulah setakat menang sorak bolehlahhh...

Diedie Yana said...

amboiii mati mati ingat aida simbah kari...lain kali amik ketul ais tuju kepala dia....hehehe