Sunday, April 29

Hurt To Say

korang pernah tak join group dalam fb??? Semua pernah kan... 
kepelikan aku berlakukan apabila sebentar td ada seorg bakal pendidik yang marah aku secara tiba2 sbb aku update dalam sebuah group sbb aku delete pic post aku mengenai baucer buku.. benda tu ada nama blog aku so aku malas nk menglamer kan blog aku yang semakin hari semakin suram 


Dia cakap aku tak respect even aku minta maaf byk kali ...tu la Si Buta dapat tongkat...
sori aku tak print screen sebab aku dh leave that group... sedih aku tgk perangai dia mcm dh jd cikgu tetap langsung tak mau terima kemaafan org lain...cuba bayangkan apabila dia bergelar pendidik kelak...


sekali aku terkena mmg selama aku ingat...sukar untuk ungkapan kemaafan buat diri dia... biarlah di padang masyar nt dia mcari aku..sedih sangat malam ni






Saturday, April 28

P.H.D MELAYU

Dah dekat seminggu aku dengar dari mulut kawan aku si S pasal mmber sebilik dia si B merangkap kawan sekelas aku memburuk2kan aku ...aku tak faham kenapa dia nak buruk kan aku ...bayangkan dari awal semester tahun ni belum kenal siapa aku, sedap kata aku macam2 padahal dia si B yang cakap banyak macam murai tercabut ekor , aku pulak yang dituduh ..konon dia cakap semuanya baik aku ni jahat... rasa macam nak tendang mcm bola je si B tu 


Contoh kes paling berat aku dituduh sebagai pencuri...bila member aku si S cite disebalik kes tu, rupanya keluarga dia si B siap nak jumpa aku sebab bomoh a.k.a ustaz yang bongek tu cakap rupa orang curi tu muka cina,mata sepet dan tak balik kampung...mmg What The Fish  la kan..muka aku ada rupa seperti itu ke?? motip selit pic sendiri disini.... : P


aku dengar member aku si S cerita terus airmata aku turun..rasa sedih,geram dan dari seorang yang redha dan pemaaf aku terus rasa tak ingin nak berbaik sehingga keluarga si B dan B sendiri termasuk Ustaz yang bongek  datang minta maaf sbb maruah tercalar kerana pihak HEP datang bilik periksa samaada hp si B ada dalam simpanan aku...gara2 si B beritahu aku yang ambil hp dia...nasib baik rakan sebilik aku percaya kan aku...


demi Allah semiskin2 atau sekaya mana aku belum tergamak lagi nak curi barang org...aku bukan tak boleh minta keluarga aku atau En.Tunang belikan hp... aku berdoa Allah membalas dengan setimpalnya dengan rasa derita aku lalui....



Wednesday, April 25

 Dah 2 minggu bekalan elektrik takde ..kalau ada pun cuma dari 7malam hingga 7pagi...hurm dah org dulu2 je...nikmat elektrik tu Allah tarik sekejap..puncanya sebab hujan lebat dan fius utama telah terbakar so berpanas la semua ipgkdri macam duk dalam sauna...uwaa...last nya aku demam..walaupun minum air 0 byk..


malam tadi tekak aku mula rasa bengkak... tk tahu nak buat apa sebab ubat sakit tekak tkde stok...selalu aku beli difflam buat stok...aku makan scott emulsion oren dalam beberapa hari pastu tekak aku rasa panas semacam..tambah dengan cuaca panas aku minum ais,amik milo kaw...tekak aku dah retired tekak jenis cepat rosak hahah ada ke jual spare part tekak baru??...kalau ada aku nk beli la..last aku makan kismis..sbb kismis boleh mencairkan kahak..aku makan lebih yang sepatutnya..

Tiba2 12.30malam,roomate aku tgh buat assignment pelik aku bangun dan terus ke toilet...buang kahak..pergh rasa nak menangis nak mak jek..haha nama je dah 29thn tp perangai mcm budak2...last aku msj En.Tunang tekak perit..dia call kata esok kena g klinik...motif aku selitkan En.Tunang kat blog aku...hahha sekali sekala...



Pagi ni terus g HEP minta kebenaran g klinik...ubat dah ada so petang karang baru makan ubat takut terlelap pulak dalam kelas...dan aku lupa bawa buku BM...argh sengal kelubi tul...kalau sakit semua lupa...moga aku cepat sembuh..amin..


To all my lovely reader sorry because n3 is long to read...muachx




Sunday, April 8

Aku Sgt Bengang


Pagi tadi member aku bawa buku yang aku order buku Sejarah Malaysia sekali bawa buku Sejarah Asia Tenggara Asia Tamadun...aduh aku dh agak mestila sebab dia tak baca mesej yang aku forward tentang pembelian buku itu.. Siapa nak baca buku tu?? Dah rugi BB1M ..


aku mmg cerewet kalau beli buku rujukan sbb kalau beli buku rujukan yang bukan2 iaitu tiada dalam silibus pembelajaran  pasti tak baca lastnya aku masuk dalam kotak...kecuali buku novel atau motivasi pasti beli tanpa fikir panjang.. aku tengok buku yang dapat tu salah perasan aku rasa mcm bengang gak...


Nak cite pasal member aku sesat walaupun duk k.l malas nk aib kan orang...tp bagi aku kalau tujuan nak beli buku ni kena niat bersungguh2 bukan niat nak pergi realease tension mmg salah beli buku la jawab nya...


last sekali aku kirimkan kat roomate aku belikan..tp salah aku jugak sebab aku dh janji nak suruh roomate aku belikan pastu bila mmber aku g balik k.l terus aku kirim beli... selepas ni kena berhati - hati dalam buat keputusan sbb aku ni suka kalut padahal dalam kelas letcurer aku ; En Zul aku banyak dengar sambil berangan muhehehehe...nasib En.Zul baik kalau lercurer lain tak tahu la..




Seni Fotografi

Sementara tunggu member group balik dari jimba dengan teman seperjuang walaupun assiggnment menanti untuk dihantar esok..ulang suara esok ok..
 aku cuci mata di Kendi Yap seronok tgk hasil fotografi yang kreatif ..macam - macam ada yang paling aku teruja sekali bila dapat buat love dari kertas note...benda ni dh lama cuma aku nak belajar cara aku sendiri so ini cara yang paling comel sgt..




pastu paling teruja ialah kek yang creative sgt