Saturday, March 31

Lappy Lappy

 Esok last day hantar assignment Sejarah Sosioekonomi ...hahah naik giler mmber aku yang lelaki belum siap gara - gara tkde lappy..giler arr...so dia kena pinjam merata orang...
sumber google


 aku faham perasaan orang takde lappy bile nak buat keje tak de lappy ..mcm aku gak dulu kena tiaw (bukan keawtiaw tp marah) dengan adik aku baru  cari lappy sendiri sekarang my baby lappy masih elok...benda mahal ooo bukan senang nak dpt lecah ketiak keje ngajar baru dpt 1 aset yang aku boleh guna sekurang2 aku ngajar dapatlah beli 1 aset walaupun kecil... adik aku dapat lappy sbb mak aku tolong beli pakai duit BR1M..rezeki Allah... 


Bila masuk pengajian tinggi perkara utama ialah lappy sbb assignment tak pernah berhenti sehingga gradute.. yang menjadikan aku sangat pelik mmber laki aku ni dh mengajar di sekolah sebagai guru sandaran tidak terlatih (gstt) macam aku tak beli lappy??


ok purata gaji gstt bersih rm1500 ...3bulan awal tahun mmg tak dapat gaji so ko makan hutang dengan fama(fathermother) kalau ada adik leh minta juga... masa ni jgn berangan nk makan sedap macam kepsi atau seangkatan fastfood...ko leh makan sehari cuma kurang rm 10 ....pastu dah siap dokumen gaji ko dapat seketul gaji gstt 3k++...ko tolak hutang so mungkin tinggal 1700 so harga lappy sekarang 1k kebawah...mcam aku beli lappy ni RM 1300...mmg mahal aku rasa sbb aku tolak dari 1700 tinggal belanja 500 untuk sebulan...aku beli sebab nk buat soalan peksa...selain tu boleh gak buat edit pic ngan blog..huhuh...

 
 bukan nak berlagak kuasa 10 .. memula aku nak beli keta untuk aku ulang alik sekolah tp memandangkan aku keje kontrak susah sikit so beli yang mana penting...so hepi burday my bby lappy yang ke 2...moga terus sihat untuk berkhidmat ...:)) motip..

Thursday, March 29

Subjek Sejarah

Bila sebut tentang sejarah ramai yang akan rasa mengantuk sebab belajar benda yang beratus tahun dan ada yang telah meninggal dunia pun(al-fatihah)...


Nak dijadikan cerita aku pun kurang jugak pasal hal sejarah2 ini sebab aku selalu tidur dalam kelas masa cikgu fauziah ngajar...cikgu saya sedar dh sekarang ni, maafkan saya cikgu..

Dalam kelas aku, ada 2 cina dan 1 india kena belajar sejarah sbb sek ren akan mula diperkenalkan tentang sejarah..tp berapa ramai yang mampu bawa sejarah dalam pendidikan menjadikan sesuatu yang menarik?? Dalam kelas kami kena wat powerpoint slide isinya kena ada perkataan..tu cara yang belajar setakat ni.. bayangkan bila Kementerian menyatakan Sejarah wajib lulus apakah akan berlaku??


Nasib la bila rakyat Malaysia semakin lupa tentang sejarah Malaysia....sebab pensyarah aku kata kalau nak jadi orang politik mesti tahu pasal sejarah ...dah keje dulu ngan orang politik yang tak berapa pandai sejarah biasa bos belajar sampai pmr je pastu aku dapat sambung belajar tentang sejarah so aku....


doakan aku nye assignment dapat 100% k...

Wednesday, March 28

Bukan Bermusuh Tetapi...

 Hari ini mmg sejarah aku marah ketua kelas dengan tidak sengaja hahah Member aku yang cakap banyak, aku lak yang nak "sound2"
dapat la aku tiaw balik...senyap dia satu hari..esok tak tahu la..bukan nak gaduh pun tp kalau nak mention kelewatan aku sampai berulang kali depan rakan sekelas lain mmg salah orang la...kalau korang mesti marah kan?? 


aku lewat hari ini sebab aku salah kunci jam pada "7.45pm" hahah bukan selalu aku lewat pun..ini pertama kali nak kecoh..kalau orang lain yang banyak cakap dia tak berani nak lawan dengan geng yang tak melawan dia nak sembur konon bagi nasihat ..WTFISH!!



Nasib baik member aku sokong tindakan aku sebab mulut ketua kelas aku laser kalau bercakap tak pernah fikir perasaan orang...membebel tak tentu hala konon macam bagus tapi hakikat macam tin kosong..

tiba2 masa aku duk borak ngan member aku yang mana aku x akan minta maaf dengan dia sebab aku tak salah , Ketua Kelas aku ada sebelah kalau dia dengar pun bagus la...tiba nak marah2 pehal.. 

'Kata yang keluar lebih tajam dari mata pedang'
&
'Berfikir sebelum Bercakap'

Nasib la labu ko dapat penangan laser mulut dari aku....




Monday, March 26

TQ ALLAH


Hepi Burday to Me...wah nyanyi sendiri...hurm alhamdulilah...syukur Allah masih menyayangi aku dengan menambah kredit umur aku...moga Allah sentiasa bersama aku dalam menjalani kehidupan yang masih panjang ini...nikmat yang Allah berikan ini tidak aku sia-sia dengan perkara yang tidak elok.. 


Doakan aku sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat...amin..


yang penting assignment aku tetap menimbun walaupun dh hantar 1/2 hahah...penat jadi student ni biarlah berbaloi...amin

Friday, March 23

Apa Kes Pulak Ni...

"Esok tkde letrik tau"
kata Yava salah seorang pelajar india dalam kelas bagitau yang hari ini tkde letrik kat kolej...mula aku tak ambik pusing pun hal tu..konon mcm khabar angin jek biasala kan
last last pagi ni sedang enak diulit mimpi indah aku tiba- tiba aku rasa sunyi giler tanpa sebarang bunyi iaitu bunyi kipas di tahap maksimum 5..aku celik mata bgn,aduh spoil la... 
 

Lantas bangun turun kat cooler water berharap air panas masih panas tatkala letrik tkde sbb letrik tkde satu maktab ko bayangkan?? aku ambik bawa naik kedalam bilik,buka mi sedap soto bancuh susu makan biskut...waaahhhh nikmat tatkala tkde letrik...
 
gambar dari google

berpeluh2 makan mi sedap soto mcm berlari 100 meter dalam kelas Cik Mek Yam heheh...


Monday, March 19

70kg Punya Hal

Hari ini aku mmg tak percaya kes member aku yang tuduh aku curi handphone duduk sebelah aku..motif?? Ko mcm nak cari kesalahan aku ke? tp aku pk positif setiap yang berlaku pasti hikmah...let gone be by gone betul tak?? hahah kalau salah tolong betulkan terima kasih kawan..


Aku pergi lunch kat TESL jumpa ngan Ketua Jabatan PJ...hahah aku mmg suka tgk muka KJ ni sebab beliau suka senyum walaupun umur beliau sudah veteran tp bukan beliau je aku suka malah letcurer yang mengajar pj dalam kelas aku suka sebab mereka ni lebih cergas dan bersemangat walaupun umur menginjak naik.


Bila dia nampak muka aku je masuk dalam kafe terus panggil aku, 
" Ada tak terlibat dalam silat ke taekwando ke??" beliau bertanya
motip dalam hati aku..pehal pulak nak ajak gaduh ker? aku takut kalau gaduh tak bersebab
" kenapa encik?" aku tanya balik
" saya nak masuk nama awak bawah 90kg untuk silat SUKMA,training 3bulan" kata beliau
dalam hati aku alamak tak cuti la aku nak g langkawi bulan 5 ni kalau ada training ni...aku tolak pelawaan beliau..dan terus ke toilet di kafe dalam toilet aku berfikir apasalah kalau nak join..pas kuar toilet,basuh tgn,beli makanan dan aku tanye sekali lagi
" Encik,kalau saya nk cuba boleh??" 
"Umur awak berapa?"
dalam hati aku kata mesti tak boleh sebab selalu SUKMA ni peserta mesti berumur kurang 25..aku pulak menginjak naik..
"29thn.."jelas aku..
" tak boleh sbb bla..bla.."
aku senyum jelah atas penerangan beliau sebab alasan SUKMA mesti bawah 25,dan akhir ayat beliau yang buat aku kurang makan ialah sebab dia nak aku masuk sebab nak suruh aku turun berat 70kg...so aku makan sikit jek tengahari selalu makan jamak aduh...



Terima kasih Encik Hj Yunus(KJ) sbb percaya saya boleh turun 70kg..saya cuba tp jgn berharap sangat sbb saya suka makan...but in exercise i do for enjoy keep fit n healthy also..^^

 


Wednesday, March 7

Berani Kerana Benar


b4 tido update ada story panas...sebelum bateri laptop mati marikan update n3...Hari ini ada sesi sumpah Al- Quran kononnya dalam kelas aku ada kecurian handphone..so aku lakukan dengan tanpa wudhu tp Al- Quran beralaskan kertas kajang...boleh??


Member aku yang hilang handphone dapat gambaran dari Ustaz dari Negeri Pantai Timur kononnya yang curi itu seakan2 aku..ulang suara seakan2 aku then member aku yang kurang kepandaian telah mensyaki aku mencuri Handphone Sony Ericson jenis yang aku jejaki dalam google ye ulang suara dalam google...
Ustaz mana yang sengal ubi kayu ini? Elok ke perkara yang sebegini beritahu yang curi itu perwatakan seperti aku?? Pesanan aku kat ustaz tu jgn jadi ustaz lah jadi pengadu domba senang...kerana perkara kecil macam ni aku dipinggirkan sebab aku dituduh mencuri WTF....




semiskin2 aku belum terlintas nak jadi pencuri..dari aku curi hp baik curi duit tatkala elaun belum masuk awal bulan 3..Dia tabur fitnah kata aku dh berubah dari sikap perubahan aku dari ceria ke pendiam..so sikap yang berubah tu la buat aku jadi pencuri?? Tahap kepandaian member aku di tahap mana aku pun tak tahu korang nilai la sendiri..


so hari ini (selasa) member aku yang non muslim hilang hp..so member aku tuduh aku curi sedang kehilangan tu berlaku di library bila aku cerita pada member aku yang non muslim atas tuduhan member aku terhdp aku dia terus nagis sbb rasa bersalah... kerana hp dia hilang semua org tuduh aku ..



Perasaan aku? Bercampur aduk dengan permainan politik dia cipta sendiri..terima kasih abg li sebab tanye kebenaran dari mulut aku sendiri,sesungguhnya ALLAH nak tunjuk kebenaran sikit demi sedikit....kalau member aku  seronok buat tuduhan sebegitu teruskan  niat tu sbb ingat Allah Maha Adil..aku redha apa yang berlaku..