Saturday, February 25

Air Oh Air

Jumaat n Sabtu aku cuti.. seronok cuti awal tp esok ahad dah ada kelas..argh sengal..
Masalah esok kelas perkara biasa tetapi yang tk biasa kerap takde air kalau tak malam petang kalau pagi nk kelas setakat alhamdulilah masih ada tk termiss la aku nak mandi pagi walaupun air sejuk macam air dalam peti ais....
Memula rasa mcm tak biasa yelah duk key ell kat rumah mandi air macam air terjun niagara semua kepala paip aku buka hahah...mak aku bising aku sebab kalau aku gosok gigi paip kat sinki aku buka terbiar je..bila mak berleter aku buat pekak maaf mak heheh..tp aku pelik mcmne mak aku boleh tahu paip air tu terbuka semasa aku gosok confuse gak...
Duk kat IPG ni aduh masalah ngan air..pernah last week aku baru balik dari kokurikulum dengan badan belangas aku naik bilik tingkat 3 capai toiletries aku turun tingkat bawah air tak de so aku pergi blok sebelah mujur ada air kecik jek biarlah sebesar air itu sebesar kencing budak 2 thn memancut aku tetap nak mandi ..rasa nk menangis tak de air...
 
agak2 kalau yang susah sistem paip takde mcmner la ye..aduh syukur dapat mandi walaupun air kecik..masalah air di ipg bukan isu baru di kolej kediaman perempuan sebenar isu ni dah lama cuma dia siapa yang hendak ketengah kalau ketengahkan pasti akan timbul isu pelajar boleh mandi di gym,toilet di balai islam..itu yang dikatakan oleh adik2 di kolej kediaman merangkap senior a.k.a adik2 aku.. 
dalam hati aku what the fish..giler payah nk mandi kena tempuh semua ni agak2 la negara dh maju,teknologi canggih tapi isu air di negara terengganu masih di tampuk lama sebab kalau nk air lebih korek tanah sedut kira macam telaga tp ni up sikit nak sebut pun tak reti ...kesian la kat kami wei..

Kalau Essay.....

 Minggu lepas English Week ..so letcurer aku Miss Amrien yang comel mata bulat tu 
(ada bentuk lain ke? o.O)
 suruh datang replace kelas dengan menonton filem Puss in Boots..ok lah pukul 9 aku ngan classmate aku 9org pergi ke Dewan Ungku Omar....Kira mcm panggung wayang kat Brem Mall,Kepong gayanya..sebelum cerita bermula aku beli pai ayam sbb aku belum dinner(perkataan dinner terikut mmber aku haha layan jelah).
Tiba2 Miss Amrien datang bawa task so aku baca soalan mudah ada 6 tetapi kena buat karaangan pendek tidak lebih 500p.p hah amik kau...letih otak nak mula pendahuluan karangan..mula la aku garu pala yang tak berapa nk gatal ni...bukan susah nak karangan just 1 pendahuluan 2-3 isi dan penutup.. tp sampai disaat ni aku masih belum buat apa2 pun dah la kena submit rabu ni...pengsan... 

Wednesday, February 22

Bukit BesarvsNasi Kerabu

Hari kelas pack jam macam milo fuze..ditambah secukup rasa dengan penat. Kelas dengan letcurer Cik Hajjah Mek Yam enjoy bila naik Bukit Besar,Kuala Terengganu. Bukit Besar macam FRIM kat Kepong cuma ketinggian bukit besar adalah 25km agak curam,jalan bertar,boleh naik kenderaan



sumber google
sumber google
tak sempat view mcm ni... Bukit Besar ni tak mcm FRIM,Kepong  sebab FRIM adalah hutan simpanan. Best dapat naik sekali pun cukuplah tp aku respect gile yang berumur veteran boleh naik sampai 2-3kali..sedangkan aku yang muda belia penat dan terpancit2 hahah. Habis jek turun bukit tu , letcurer aku bawa pergi belanja makan nasi kerabu yang terbaik di NORRA KERABU AYAM BAKAR di mengabang talipot(tak tahu ejaan sebenar,maaf) kuala terengganu,batu rakit tp pic takde lupa nak bawa turun handphone.Aku ingat nasi kerabu tu nasi biru mcm selalu aku makan rupanya nasi putih dengan ayam bakar,telur asin,daging bakar..memang terbaik. Bila makan di saat lapar plus penat sure nasi hilang rasa penat naik Bukit Besar..terima kasih letcurer Cik Hjh.Mek Yam belanja makan...

Saturday, February 18

Antara Sahabat Dan Kawan.


Hari ini kelas ganti hurm penat nya nak bangun pagi...pepagi indah tak selalu cerah sampai ke petang dengan assignment yang sekian mengejar dateline..nasib la kalau kena sembur ngan letcurer..tahan telinga atau potong markah....

Nak di jadikan cerita hari ini aku rasa bengang sangat sebab hendak sebuah poster untuk English Week dengan tajuk  "my uniqness of my class" dengan lukisan 9 tapak tangan dengan tajuk his story dan letak poster di pameran dan beberapa orang akan menerangkan mengenai poster tu...masing2 tunjuk kehebatan dengan warna tapak tangan sendiri..

sumber google

contoh yang kelas aku buat so yang tinggal siapa yang patut memberikan penerangan tentang lukisan tersebut dengan tidak semena2 aku cadangkan nama K.U(Ketua Kelas) sebab dia boleh berbahasa inggeris dengan lancar...dengan lantang dia terus jerit

"suka2 je bagi arah - arah orang" 
kerjanya asyik mengarah orang jek...
 K.U bersama dengan Member aku 

 Member aku siap high 5  dengan KU sbb menyokong kata2 dari K.U tersebut. Hati aku runtun bila aku sekadar bagi cadangan dan cadangan aku seperti di ejek..sedangkan hari Khamis lepas kami telah cadangkan nama tersebut. So aku cuma bergurau tetapi disalah tafsir...bila berlaku situasi aku terus diam sebab aku rasa malu di herdik sedemikian..rasa member aku sorang perasan yang muka berubah bila K.U bercakap mcm tu...so bila siap poster tu K.U bagi dengan chinese girl bring back that poster... Bila K.U cuba tegur arah mana nak balik aku hanya jungkit bahu sbb aku tak mahu pisang berbuah 2 kali..

Walaupun kelas aku hanya mempunyai 9 orang tetapi perasaan hasad dengki tetap nampak dimata aku(selalunya orang sebangsa aku)...Bila sorang dah siap assignment  orang itu akan diumpat keji sehingga kita rasa down sekali... Walaupun hampir 2bulan tetapi aku masih belum ada lagi sahabat yang boleh bersama susah dan senang ...tetapi ramai yang ada hanyalah kawan waktu senang sahaja...aku selalu ngadu ngan tunang aku je..tunang aku cakap sabar dan buat tak tahu je...

5 1/2 tahun untuk berada disini perlu ada kekuatan yelah sebab aku bukan orang yang suka mendiskriminasikan negeri lain.... minta maaf aku bercakap pada situasi yang berlaku... kalau anda berada di dalam situasi aku pasti akan rasa seperti itu... kekadang diam itu bukan beerti kalah..diam itu elak dari pergaduhan.diam itu perlu berfikir sebelum melontarkan kata,diam itu berfikir untuk tidak melukakan hati sahabat,

Aku ucapkan Alhamdulilah sbb aku tak mampu nak melawan dengan kata..aku ucapkan alhamdulilah sebab aku kenal mana sahabat dan mana kawan... ini ujian kecil untuk aku tetapi kenapa airmata aku tak berhenti mengalir??




Friday, February 10

Dunia Kita Berbeza.

Elaun belajar lambatnye...dah 1bulan 1hari...nk cukup 3 bulan baru nk bagi ke?? Sengal gile kerja lambat,gaji nak banyak...(sapa makan cili terasa la)...korang pernah tak dapat rakan sekelas very annoying, sentiasa nk terbaik atau nak senegeri sahaja?? Kalau ada cite ek...
aku tak kisah ngan siapa pun aku kawan sebab aku jenis flexibility..bukan semua yang ada sekeliling kita suka dengan kita...yes aku org luar yang tidak mempunyai dialek sebuah negeri tp aku bangga aku boleh berbahasa melayu secara standard atau secara pasar... tp kenapa nk pilih rakan2?? Tepuk dada tanya selera.. Biar kita sederhana dari riak.. bukan tak suka kekdg mcm terkilan dengan
 sikap mereka...

Aku bukan kutuk lebih tp sikap ini sebenarnya membuat orang sebangsa aku sendiri tidak bersatu padu,sentiasa  pra sangka dan sentiasa nk bertelagah... macam mana nak maju??..


ps: sentiasa manis buah jgn manis gula takut diri sendiri mudarat..



Thursday, February 9

Terikat...

mood n3 terlalu banyak berfikir sebab tugasan..mcm menteri jek... Dalam sejarah sangat hari ini aku tercengeng dalam kelas English Languange hahaha malu kot ngan Miss Amrien yang fun dan cantik tu...ni kes Ketua Unit yang aku rasa mcm bila susah datang bila senang pergi ...so rasa geram marah yang tahap kungfu panda ditambah dengan assignment kena reject semula..rasa upset giler2 hari ini... aku punya first n3 mmg hancur lebur sori ek kengkawan. 

Yang paling best kelas gimnastik irama,balik kelas lepak depan notebook kemaskan assignment..baca novel picisan..tidur sampai isya' fuhh kalau tak sure aku terlepas pergi taaruf kolej.. ada peraturan baru dh mcm budak asrama..kena balik awal,kalau tak tido luar...wah "seronok nya" ... susah gak kalau duk asrama ada peraturan yang aku rasa mcm aku duk diploma...
dah 11 thn tinggal situasi tu..
so bila ada situasi mcm tu i feel 19year old..muda kan...fresh and happy...perasaan giler pada hal next month dh 22+7 hahaha...

tak boleh buka u tube kat kolej..sapa tau cara unblock u tube sbb aida guna wifi kolej..??

Wednesday, February 8

Wordless Wednesday #16