Thursday, September 29

Durian Runtuh

N3 sebelum lunch, aku join Kempen Iklan Churp2 yang ada Ride Touch n ' Win  memang setiap minggu aku cek kat Ride Touch n ' Win ni..pastu dalam beberapa minggu akhir aku macam malas nak cek senarai nama pemenang sebab aku rasa mesti tak menang sbb aku ni memang tak pernah menang langsung mana-mana pertandingan..kecuali pertandingan makan kot ...heheh aku suka makan...





tup tup semalam sedap tengok Sinetron Nada Cinta dengan Drama Akasia Sofiyya...Hp Sony aku berdering WHAT THE HELL..Kalau dah syok tgk drama sure aku tak akan angkat  la kan malas kot nt termiss mana2 part cerita nt mula la  tertanya2 kenapa kenapa....Kalau drama yang aku dah tengok dari episod 1 aku akan fokus giler kalah fokus masa study dulu sampai mak aku cakap kalau aku tgk tv tak leh dh ajak sembang huhuh...sorry la mak ek...Pas Mandi aku tgk Hp ada miss call 1 mesej 3...



1 dari bakal adik aku sibuk tanya ok tak nama anak buah
aku ni Nama Nur Amni Hazwani maksudnya Cahaya Ketenangan Pemberianku...aku suka pastu dia suruh bw hadiah tp malangnya Trip Ofis g Langkawi batal...kuciwa sungguh..

 Kekuciwaan DiBayar Dengan 





 mesej dari  Ride Touch n Win...tengok Senarai Pemenang
dapat la aku hadiah yang Baucer Hadiah Saguhati...






Wednesday, September 28

Mak??

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.
Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang.Rasa nak
bunuh diri pun ada.Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)
 

Wordless Wednesday#5








Tuesday, September 27

26/9/2011...Takde Tajuk


Comel nya...anak buah tunang aku selamat lahir semalam...Bayi perempuan suka tgk sbb gebu...dapat tengok anak buah bakal adik ipar aku masih belum mempunyai nama... 



aku pillih AMNI maksud ketenangan tetapi bakal adik ipar aku nak huruf H dengan Y...Tahu la nama mak huruf H dan ayah huruf Y nak romantis la ek...curlasss ko maria..eh eh...



semoga dia menjadi anak yang solehah...amin...semoga dikelilingi orang yang dapat mendidik dengan sempurna..

Saturday, September 24

Kasih Ibu

Pepagi ini entah kenapa aku rasa terfikir pasal mak aku...mungkin smalam mak aku basuh baju aku yang sepatutnya aku basuh pas balik keje petang jumaat semalam (pakai tgn umah kecik tk muat mesin basuh) @ aku nampak seorang jiran aku yang sakit sendi dipapah oleh anaknya semasa berjalan di bus stop?..pepe pun aku ucap terima kasih sebab basuh baju aku walaupun tahun depan aku bakal bergelar isteri..sedih pulok...

nk tinggalkan bandar Metropolitan ni...


korang pernah terfikir tak masa korang kecil mak korang tak perlu nk pakai cermin mata pun bila nak mengajar korang? rambut mak korang masih  hitam pekat?  wajah dilumur bedak dan bibir masih merah bergincu walaupun jenama murah?
walaupun umur aku sudah menginjak dewasa dan mak aku semakin berumur  



bila aku balik dari U,..perkara yang aku tak boleh terima ialah rambut mak aku dipenuhi uban yang sedikit , masa tu aku terfikir kenapalah ada uban walaupun dh masuk U..tahap kebengapan masih ada...aku macam tak percaya dan aku tak suka pada perubahan yang hadir diri mak aku.....




lama2 aku boleh terima perubahan mak aku sikit demi sedikit..walaupun wajah nya penuh kedut seribu,rambut tak hitam pekat lagi,mata nya tak sejelas masa dia mula2 mengajar aku lukisan permandangan rumah,bibir nya tak merah lagi macam semasa dia mengandungkan adik bongsu aku....

aku tetap sayang mak aku...


aku akan cuba bahagiakan mak walaupun aku bergelar isteri....


tetapi garang mak aku masih sama...





p/s: akak sayang mak sangat...tahun depan kita g langkawi bercuti sbb akak kan nk jd warga sana.. 





Wednesday, September 21

Wordless Wednesday #4


Thursday, September 15

Nyawa Ada Banyak..


Pic ni aku snap masa aku ada event kat Kuantan...kerja sambil makan angin ...so dalam perjalanan nampak la yang ada dalam pic ni apa lagi snap la...member yang duk dalam kereta marah sebab ambil pic...huhu... dialog yang atas rekaan semata2 kalau siapa kenal penunggang ini nasihat sikit bahaya betul aku tengok... Kerajaan dah habis beribu2 untuk kempen keselamatan jalan raya tp rakyat kita buat endah tak endah jek...Fikir la org yang tersayang..aku post pic ini kat Only In Malaysia ...so korang terjah la...

Wednesday, September 14

Wordless Wednesday #3








Friday, September 9

Jual Anak

 Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran diSeluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
... 2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000

***TETAPI YG DEGREE KE ATAS KALAU XPANDAI "MASAK" AUTOMATIC AKAN DI TOLAK 50% DRPD NILAI BIDAAN***
- Sumber BERNAMA