Thursday, August 25

Raya Ker?


Lagi 2hari aku nk bercuti sampai lebam...bos aku bagi cuti 9hari sepanjang cuti sekolah ni pastu aku tambah lagi 4hari (cuti g langkawi)...memang seronok la kan... korang ada? heheh...tp yang buat bengang tahap sailormoon dengan kuasa bulan dekat bos aku bagi keje taip alamat untuk kad raya pulak..sape yang pernah buat keje mcm aku ni tahniah la ye...

Adik aku citer member opis dia semua dh balik kampung ,ambil half day pergi shopink raya nak beli tudung berkelip2 mcm lampu kelip2 mcm kat supermarket tu,g set rambut raya,...g beli macam2la...

bos aku jek mcm tkde naluri nk raya ....tp sibuk suruh aku buat jemputan raya...bukan nak merungut la tp mcm pelik la... nk pasang lagu raya pun tak boleh...memang opis aku mcm kubur sunyi sepi tanpa lagu raya...sampai kan aku rasa mcm tak raya perasaan nikmat untuk berhari raya tak de...hah salah siapa ni...

apa2 pun aku nk ucapkan selamat hari raya kepada 
FOLLOWER,SILENT READER(ada ke?), atau SESIAPA YANG BERAGAMA ISLAM....
walaupun aku tak dapat duit raya(bonus) namun aku tetap beraya (dalam hati yang 0)... 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Wednesday, August 24

Wordless Wednesday#2


Wordless Wednesday #1




Thursday, August 18

Aku Non Islam...??


Meeting pagi mmg mengecewakan aku kesabaran puasa yang tak tinggal lagi mmg berkurang la tatkala bos aku yang amat lah aku hormati nk bagi gaji pada 29hb?!!! pergh memang rasa nk bagi makan kaki jek kat mulut bos aku tu..ayat aku mmg ayat bisa korang akan maki aku huhu... Baju raya aku mmg dah siap dari awal puasa lagi yang aku nak grab kasut yang comel kat Cotton On mcm kat bawah ni 

sumber dari google

pastu semalam adik aku angah cite kasut rekaan baru lagi la aku mengelepur nk beli nk usik duit simpan mmg tak dapat la....paling aku bengang cuti hari jumaat minggu depan kena tarik ...waaaa....
 
aku kena ganti cuti raya pada 20hb ni untuk cuti 27hb...memang aku rasa nak kuar jek kuasa naruto fire kat muka bos aku tu....bos aku berpegangan ajaran Islam pekerja dia pun Islam Bukan Non Islam... 

Bertimbang rasa la sikit dengan anak buah lagipun semua nak pakai duit waktu raya ni...walaupun aku belum kawin sekurang-kurang boleh jugak aku tambah duit lauk hari raya nk beli ayam seratus ekor ke,serai 1 lori ke...ini mak aku kena dahulukan duit duit kesian pulak tengoknya...

korang2 nk bagi duit raya kat aku tak? meh aku belum kawin lagi mesti leh dapat duit raya ...kan? kan?

Tuesday, August 16

ATM Wedding Pic

Korang Tengok Korang Fikir la...Meh Kita Abadi Pic Wedding Kita
*budget macam aku dah kawen..huhuh coming soon insya ALLAH

Saturday, August 13

Sex Pose?...



Sape la yang rosak akhlak ni



Terkejut aku duk tgk Stat tiba ternampak lak yang bulat merah tu..gelihati
Kalau Setakat n3 ni dah teruja kalau aku letak pic yang tak senonoh mcmna lak...adus...
Sape nk tolong jawab ini.?...








Iphone Posh

 Pepagi buka pc tgk churpchurp nampak iklan posh Iphone 
ada 2 kaler cantik tambahan lak posh tu color kesukaan aku...

Keistimewaan Dari Posh NI
  • 1 Nino Signature Series Leather Vest untuk iPhone 4
  •     1 Anti-silau Pelindung Skrin
  •     Free Shipping Nationwide

Berbaloi kan....aku tambah lagi...
  • Colour: Black / Brown
  • 100% genuine leather
  • Made from top layer buffalo hide
  • Specially imported from Brasil
  • Processed by the most professional Italian and Argentinean technicians
  • Handmade
  • 5-star quality
  • Passed STR (Specialized Technology Resources) benchmark 
  •  
 Korang Tunggu Apa Lagi Harga RM 39
  • Tempoh Redem:19 August 2011 - 19 September 2011
  • Pembelian Tidak Terhad & Tebus Perseorangan
  • Free Shipping Nationwide
  • Penghantaran Bekerja Selama 3 Hari Bekerja
  • Kalau Ada Masalah boleh hubungi +604 640 4040
  • Macamana nak Redeem:
    • 1) Beli Baucer ini
    • 2) Dapatkan Akaun  ie "My Stuff" on MilkADeal
    • 3) Email baucer softcopy dengan menyata warna kegemaran anda colour (black / brown), name, address, telephone number to: admin@mobileelement.com.my
    • 4) Tunjuk model iPhone 4 dengan Posh Baru ini..
    • See The Rules kalau nak beli...

    Cuba bayang kan Iphone korang dibaluti dengan Posh ini.....


     


Friday, August 12

TQ Churp Churp


Terima kasih Churp Churp sebab bagi nilai yang pertama buat aku..walaupun nilai tu tak tinggi mcm otai2 blogger yang lain...terima kasih sekali lagi *mcm ucapan dapat anugerah bintang tak fofular je 

Rezeki

Pagi Jumaat memang tersangat malas nk pergi kerja...tap demi amanah yang diberikan aku pergi jugakla..Ofis aku start keje 8.30 selalu aku sampai dalam pukul 8 ... buka pc tgk FB,BLOG,NUFFNANG & CHURP2... keje dah siap tinggal keja yang remeh temeh iaitu taip alamat untuk kad raya Bos aku ...
banyak sangat kot..semata nak buat rumah terbuka dia ajak 1 Negeri Sembilan...
Tup tup tup datang seorang ejen dari Utas Travel & Tour Sdn Bhd nama dia Mohd Amran Ali...Dia selalu datang ambil cek..kalau korang nak tempah tiket ke kemana2 boleh klik je Utas Travel &Tour Sdn Bhd...yang buat aku terkejut sangat *sangat poyo muka senyum sampai ke telinga sebab aku tak percaya sampai banyak kali aku tanya untuk Bos ke untuk saya? kerana aku dapat ni 


pastu En. Amran balik aku buka isi nya ada kurma *gelojoh siot...so leh makan berbuka nanti...Bos aku dapat 1 box gak..staff yang lain jeles jek hahah...terima kasih En .Amran bawa kurma esok2 bawala lagi...*duit raya ke.. kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan..*over ko...

Thursday, August 11

Malu Wei 18sx..kot!!

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..
Kisahnya :
Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.
Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.
Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.
Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.
Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.
Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.
Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.
Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.
Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.
Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!
Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.
Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya
“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”
!!!!!!!!!
Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.
Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.
Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.
Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..
Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..
cdt : member aku

Badan Berbau Hamis :P

N3 ni bukan suka cite hal org a.k.a mengumpat dosa ek ...Semalam dengan pantas berjalan kaki walaupun bulan puasa 
*aku pose lum tinggal lagi ok
untuk kejar bas RapidKL sbb nak join game,

kalau sape yang naik bas tegar macam aku boleh join game sini korang boleh tengok hadiah menarik sangat... 
dan akhirnya aku dapat naik bas RapidKL dengan jayanya...aku punch kad touch n go pastu pilih tempat yang selesa belakang wanita yang bertubuh gempal banyak sikit dari aku...huhuh aku pun besar gak mcm ini tiba - tiba hidung aku berbau yang kurang enak...kalau adik aku bau yang kurang senang ni sure bersin2 sampai hidung merah macam badut *siyes aku tak tipu...aku cari bau yang kurang enak tu dari pengecaman hidung aku bau tu datang dari wanita yang bertubuh gempal banyak sikit dari aku..macam bau hamis pernah bau tak? 

aku bukan nak kutuk mengumpat tapi nak bagi kesedaran pada diri aku n korang sebab aku pun gempal gak..kalau berada di kawasan yang terdapat dalam kumpulan yang ramai sila pastikan korang pakai wangian2 untuk keselesaan diri sendiri... kalau macam aku serius mmg cepat peluh tp tak sampai berbau hamis ok...
kalau aku rasa berpeluh muka aku masam berkerut sampai member aku tegur masam muka ko...hahah sbb aku tak selesa berpeluh kecuali kalau aku p gym...peluh yang sampai berbau adalah faktor pemakanan yang mengakibatkan bau badan contoh macam bawang kalau mak aku mesti marah kalau aku letak bawang banyak dalam telur goreng padahal aku buang kalau dah siap masak sebab bawang ni pemanis makanan yeke? *kalau salah betul ..

aku tkde tip kecuali sebelum mandi aku akan bau baju aku di bahagian berpeluh macam di kolar baju, atau di bahagian ketiak baju ..
 bagi aku kalau korang badan besar ke kecik ke..bau badan tetap ada jangan nak tipu *p cium ketiak korang sekarang kalau aku tipu