Tuesday, May 31

Teruja Seh!!

Seperti biasa petang balik dari kerja aku terus ke gym huhuh lama dah kot aku tak pergi adalah dalam 2hari gara2 diarrhea..tak boleh blah bila cakap English Education...Diarrhea ialah cirit birit sbb bukan makan benda yang salah ni adalah penyucian tangki perut aku yang lama berkarat ...so aku makan ini
gara2 aku baca ini aku rasa teruja yelah selama ni aku diet sampai diet crush demam teruk nasib tak baik aku leh masuk hospital kot...
aku sangat takut pastu aku teruja giler kentang sangat bila ini so aku dah beli dengan pakcik aku yang dealer ini. Aku ni mmg jenis timbang berat badan aku seminggu sekali tak pun 2 minggu sekali sbb aku nak capai target berat yang aku idam kan selama 27tahun..aku lost 2kg sebelum ni berat aku mmg obes 108kg aku tak segan nk bgtahu 2 bulan aku senam dan jaga makan kurang 8kg ...sekrang berat aku 100kg dengan  senaman yang konsisten serta jaga makan dengan ambil ini,ini dan ini hahha sangat teruja rasa nk jerit chumel20x ..
tp benar ini  so kalau korang teruja nak baca perkara ajaib mcm aku dalam ini  hari2 baca benda yang sama kot2 aku termiss n3 hahah aku sangat giler dengan kehebatan ini.. benda baik aku kongsikan ..ok nt aku run thru dalam sebulan berjayakah aku dalam berat idaman aku?
doakan aku yang terbaik..terima kasih

Saturday, May 28

Yuks!! PLSS LA.... :P

Sepetang yang indah semalam aku ke gym seperti biasa,
sudah jadi rutin harian kecuali kalau aku sibuk dengan hal2 lain...Aku mulai dengan warm up atas treadmill 5min..pastu buat crosstrainer ni 40min....
masa dalam gym tu ada seorang mamat ni buka siaran radio melayu..aku bukan tak suka tetapi tak sesuai kalau nak buat gym pastu dengar rancangan radio melayu yang lagu jiwang meleleh pastu penyampai radio cakap banyak merapu2 ...semangat aku yang berkobar2 jd haprak...
bila PT tukar lagu rancak Inggeris ada lak mamat sengal ni g tukar balik..aku p tukar lagu rancak ...mamat tu tukar balik pastu aku nk g tukar aku nampak mamat tu aku tanya nk dengar lagu ni ke?!!  Muka aku buat 
YUKS!!! PLSS LA : P 
rasa nk debik jek muka dia
Sengal dia ingat semua orang leh dengar lagu kesukaan dia..muka aku mmg marah dengan sikap mamat tu bukan semua org leh terima lagu mcm tu di kala nk bersenam pastu stereo turbo mmg bingit aku suruh PT off turbo jd bunyi dia slow sikit...hahah..
pastu dtg lelaki cina tu tukar rancangan radio barula aku bernafas dengan lagu yang bersemangat sikit walaupun penyampai rancangan radio cakap banyak merapu2...sorry 
pasni aku rembat ipod sendiri baru puas hati nak bersenam dengan muzik sendiri ..kalau mamat tu pasang lagu melayu lagi kat gym tu aku nk 
mcm ni? Agak2 ada sapa setuju dengan aku?hahahah

Monday, May 23

kurus @ sihat?

Assalammualaikum..
Sabtu lepas aku lost 1.5kg gembira rasa nak menari  kat tempat timbang gym aku tu..(over sgt) hahah..yang penting aku turun walaupun sikit..sbb bulan lepas(daftar gym 1/4/2011) aku dah lost 5kg bulan ni tak turun walaupun 3 minggu aku berlari kat atas threadmill (45min/5.0Spd) tu sampaikan aku ngadu dengan PT yang jaga kat gym tu penat sangat... Dia kata badan aku dah set benda yang sama so berat susah nak turun so dia suruh aku naik benda yang paling aku tak suka sekali iaitu 
benda ni(nama tak pasti sbb mmber aku yang ada kat umah pun tak tau gak..korg tahu tak nama alat ni?) memang lenguh kaki bagi aku yang berbadan besar ni..tp kehebatan alat ni mampu mengurangkan berat badan aku sekarang ni...berusaha untuk kurus dan sihat tetapi kena jaga makan gak bukan senang nak turun berat badan kalau makan tak jaga...buat lah diet yang terbaik supaya kita sihat dan kurus buat aku..biar lambat asalkan selamat...

Friday, May 6

Anak Angkat Anak Juga

Assalammualaikum..salam sejahtera..
N3 aku kali ini pasal anak angkat..ada sesiapa di antara korang anak angkat hurm..(-.-!).. aku bukan nak hina pasal anak angkat ni sbb bagi aku mereka juga manusia yang dilahir tanpa sebarang dosa sesuci murni kelahirannya..Entah macam mana aku nak dijadikan ceritanya  ini adalah gara2 bermula dengan kisah seorang teman yang berkahwin(anak kandung 4 orang)  ambil seorang anak iaitu anak angkat..sebab keluarga anak angkat ada masalah...hurm bila dengar teman aku nak ambil anak angkat mula kepohchi dengar la  soseh tentang perangai anak angkat sebab bila dah ambil anak angkat nanti perangai anak angkat ini jadi jahat sebab anak angkat keturunan yang jahat la bla bla bla..
subhanaALLAH aku bukan nak mengata... apa salah bayi sampai begitu cetek pemikiran bangsa aku ni...bayi tu tidak bersalah apa pun kalau kita mendidik dengan didikan agama dan dunia sama seimbang aku rasa perangai anak angkat tu pasti jadi umat yang soleh solehah..kita yang selalu memikirkan yang negatif tentang anak angkat ini buang jauh2....sentiasa lah berdoa yang baik2 tentang anak angkat ini.....


Tuesday, May 3

Nak Sentiasa Cantik

Selsema aku dah dekat 2 Minggu tak surut..aku dh order melalui pakcik aku(adik mak aku) merangkap dealer Shaklee Vitamin C 500mg..

aku rasa sesuai sgt buat aku yang tegar dengan gym pastu aku ni jenis jarang2 makan buah2an so senang la segala penyakit datang..(penyakit datang sbb nk hapuskan dosa2 kecil) yeke?..
aku cuma hendak berkongsi maklumat kepada yang suka cantik mcm aku,... bukan nak jual produk kalau nk beli apa ngan aku apa salahnya..
kdt to:Shaklee

Bekalan Vitamin C secara Semulajadi
Badan anda berupaya mampu melakukan banyak perkara tetapi ianya tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C. Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.  Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.