Thursday, February 24

Malaysia vs Pakistan

Semalam aku memang tertinggal nk tgk masa pertama sibuk bergayut telefon sampai terlupa game malam td...semalam cis bengang tul bila waktu gol aku tak sempat so habis separuh masa pertama...!!! kalau nk tgk masa kedua dah malas so aku layan HBO..pagi ini aku g mencekik roti canai planta dengan milo ais peghhh..terbaik tul la makan pagi...tiba2 telinga aku rasa panas disbbkan oleh seorg pakcik ni borak member yang makan di kedai tu
"ala setakat Pakistan apa sgt la Malaysia ni...cuba lawan dengan  Korea ke China ke mahu kalah rasanya"
aku bangun terus ke arah pakcik tu terus simbah kari kat kepala dia dan aku blah dari situ sbb dia kutuk pasukan Malaysia...ok itu hanya ilusi aku sahaja..heheh korg jgn marah aku... marahla pakcik tu sbb aku rasa dengan kejayaan Malaysia semalam membuat maruah pasukan bola sepak kita ni di kenali dengan cara sebegini ekonomi negara kita meningkat naik..itu lah mentality org kita asyik nk kondem org je..nk jugak aku tanya pakcik ke yang main bola semalam? kalau tak duk diam sudah tak perlu nk tentu siapa yang terbaik atau tidak...wah tiba2 aku emo lak...Kepada Harimau Malaya tahniah dari aku..jadi buat lah yang terbaik sbb manusia akan sentiasa bercakap samaada waktu korg kalah mahupun menang mulut org bukan boleh tutup.
p/s: aku rasa pakcik tu nk jd jurulatih kot? hahahaha

Wednesday, February 23

Kerana Cinta

Petang yang indah sebegini aku telah diberikan mandat untuk jadi kaunseling mengenai cinta..fuh penat gak nk dgr..kira mcm berperang menanya soalan pada aku....nasib sikit kalau banyak tanye mau pecah otak aku ni....yelah dalam ofis aku je yang tinggi umur dari mereka walaupun muka aku chumell wahhahah perasan..sapa nk kutuk aku sila blah dari sini..takut tak? hehheh...aku bukan pandai sangat bab cinta cinta sbb aku dapat cinta yang benar cinta pada usia aku 27 tahun...aku bukan bertuah sgt mcm sesetgh org..aku minta tolong korg selesai kan masalah mmber aku ini..
kes nye...
mmber aku (perempuan)mmg suka dgn x staff lama tempat keje aku ni...mmber aku(perempuan) luahkan rasa rindu dan suka secara gelak2 dengan cara sedemikian membuatkan lelaki itu rasa nk mengelakkan dari terus berbual2 dgn mmber aku ini...knp lelaki berbuat demikian dan apakah yang harus dilakukan oleh mmber aku ini? aku dah minta dengan ustaz yang keje tempat aku doa cinta untuk mmber aku ini.. pls any idea?


Tuesday, February 22

duk diam2 ye..

kalau aku dipilih oleh bos untuk tour ke luar nt ...fuh mmg best giler sbb aku tgh nk menyimpan duit untuk walimatus urus kelak..bukan tak cukup gaji tp kalau ada tambah dari situ senang sikit amin...kira pemilihan staff ke tour tu ala ala survivor hahaha... bukan itu yang aku nk cite tp aku kena tinggalkan blog aku ni so aku nasihat kan duk diam2 ye nt kita chit chat lagi..ala bukan lama sgt aku pergi kira2 28hari tolak aku cuti kenduri adik aku dalam 3 hari mmg sibuk sgt sampai nk kutuk, bw,dan komen di blog org mmg tak sempat kot...kalau duit nuffnang aku tahap tu je mmg salah aku la kan sbb tinggalkan blog uwaaaaaaaaa

Monday, February 14

Akal Ada Ke?!!!

Hari ini aku g bank keluar duit fuh biasalah..gaji ciput bulan ni so korek sikit..sambil tunggu giliran aku sukalah 'set time' berapa lama pegawai bank layan customer..so 3 min je untuk 1 customer kalau lambat sgt aku nk complaint kelewatan tu..tp fikir balik waktu lunch biasalah..so dimaafkan..sambil tunggu aku tengok lah gelagat manusia yang tak faham bahasa atau tatacara kot..dalam bank mana boleh berbual dengan Handphone atau dalam Bahasa Melayu nya Telefon Bimbit..bukan di bank sahaja..mana2 kawasan larangan..malu betul bila ada sikap manusia sebegini bila kena tegur dgn pengawal di situ boleh buat muka tak bersalah pulak.....
dengan perangai sebegini melambatkan pengurusan di bank atau kawasan2 setempat yang tidak boleh menggunakan handphone ...tolong baca peraturan..bahawa peraturan yang ditetapkan di sesuatu ada kepentingannya..so berubahlah jangan pentingkan diri sendiri..ingat bukan anda seorg shj yang ada handphone..korg bukan budak2 yg perlu ditegur dah besar dah tahu laik buruk sesuatu perkara...jgn sampai org kata takde akai ke...kalau tak faham bahasa gak.. hurm korg ni mmg jenis spesis yang susah ajar kot..kesian kat org yang sebegini..'siapa makan cili dia rasa pedas'

Friday, February 11

Apa ada pada Pangkat?!!


 
Semalam ofis di datangi oleh sekumpulan para manusia 
untuk  bermesyuarat yang dtg tu semua berpangkat...
disebabkan aku staf baru so aku tanyalah officemate aku
siapa gerangan manusia yang dtg hadir
'tu PA Dato ni *...tu Driver Dato'*..bla..bla'
kira semua yang berpangkat la..
ramai gak yang hadir sampai tak terkira dgn jari penuh bilik mesyuarat aku yang kecil tu..
aku paling respect ada seorg lelaki dtg
baju kemeja yang ala2 persatuan2 luar(nampak kusam sikit) pakai beg sandang belakang 
mmg buruk giler beg tu..
bila aku tanya officemate aku 'dia  tu CEO..'
reaksi aku masa tu mmg tak percaya langsung sbb dia ramah mcm org biasa sbb selalunya CEO akan pakai kot,briefcase kira smart bagai lah n sombong sikit..
yelah org 
berpangkat mana nak ramah dengan ramah 
dgn org biasa 
tak sama taraf katanye...
hurm bila fikir balik pangkat bukan lah segalanya
aku suka org mcm tu...tak mcm sesetgh org 
menyombong bagai nk rak sedangkan mereka hanyala....
hai la dunia dunia..
mak aku kata
'setinggi bintang di langit jgn lupa rumput di bawah'
sampai sekrg aku masih berpegang ayat tu...


                                      

Tuesday, February 8

Suka Baca Tip BerBlog

apa yang korg cari semasa korg blogwalking(bw)? mungkin ada cari cara naik traffic atau nak tambah follower?
 terpulang pada niat korg..
tp bagi aku semua tu perlu dan paling aku perlu tip2 dari senior2 yang oldtimer dalam urusan berblog ni..
smlm aku baca 1 blog mengenai 
do & dont dalam berblog
 ada tip tu yang terkena batang hidung aku 
so aku ambil sebagai pelajaran yang patut aku ikut..
yelah kekdg terfikir gak siapa nk baca 
kalau tulisan kecil 
kalau sesiapa yang baca blog aku 
dgn tulisan kecil aku minta maaf
tapi bab warna aku kat blog aku tak leh tolong
 sbb aku mmg suka yang 'striking'
 senang buat suluh lampu 
kalau korg ter'blackout' heheh..
aku harap kalau ada yang tak puas hati 
dengan blog aku sila komen ..
biasalah blog amatur masih merangkak2..
bagi aku komen itu
 kebenaran yang memang pahit untuk ditelan
 tp apa pun aku perlu telan untuk kebaikan aku jugak...
korg sokong aku tak?

Monday, February 7

Oh Donut

Aku cuti sampai esok haha mengalah org sambut CNY
 so aku ajak mak aku g Giant..shopink punye shopink 
nk balik dari Giant WAJIB 
aku mesti beli  donut kat Dunkin Donut
(kdt to google)
Biarlah mak n my Cinta aku berleter 
pasal aku suka benda manis2
dan aku mmg peminat donut 
teringat masa nk balik dari jumpa my Cinta di L'kawi 
aku terpaksa menyorok2 nak beli Donut tu kat Jeti Kuah
tah mcmne leh terkantoi ..aku wat muka tak bersalah
pastu my Cinta bagi amaran jgn makan benda manis 
peh aku dgr amaran dia rasa nk nangis
tp aku tk fedulik sbb aku aku mmg suka donut
kalau tk singgah beli donut leh 

Saturday, February 5

Tq My Follower

 khas untuk follower aku yang sudi jenguk blog amatur ni so aku hadiah kan video ni 





Friday, February 4

Say No Valentine's Day

salam
n3 ini mcm kempen je haha..
tp ok gak sesekali tulis mcm berkempen..
nk kata aku baik sangat tidak 
cuma 
mengingatkan pd korg & diri aku ini...
aku lihat umat Islam 
sekrg sibuk pangkah kalendar nk sambut 
Valentine's Day..
wuallahuallam
atau mungkin hari bersejarah lain 
spt birthday kwn2,mak ayah,kucing atau lain2 tpelah..
kalau kira hari menuju ke Valentine's Day tu aku rasa baiklah korg hentikan
baik korg kira amalan korg dan topup mana kurang ye tk..
Love is not Only that Valentine's Day..
Love is a rest part of ur journey and along ur life too..

(kdt pic from nurhazwan.blogspot)
nk tahu citer sebalik Hari Valentine boleh click gambar kat atas ini
kalau dah tahu alhamdulilah
kita hanya manusia biasa yang tak trlepas dari melakukan kesilapan 
yang baik dariNYA & yang kurang dari aku..salam

p/s: n3 panjang tkdehal la..

Thursday, February 3

Happy Lunar New Year

Happy Lunar New Year
kepada mereka yang beragama buddha
1 Malaysia 1 Negara yeah!!

Blog Cantik Kemas Comel


  1. syarat-syarat penyertaan ::jadi follower FARZANA FARZANTO.
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangi Boutique . add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
  5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda.


6. letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
7.setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
8.penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
9.dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.

Tuesday, February 1

Hati Seorg Lelaki

buku tajuk 'Hati Seorang Lelaki' aku baru baca tadi 
mmg best sgt berkaca dgn airmata
mata ni...huhu
korg mmg patut baca
 sbb ianya mengisahkan ttg seorg lelaki  yang
bergelar
anak,ayah,suami,
buku tu leh baca oleh kita 
seorg perempuan 
dlm mengenali
 hati seorg lelaki yang kita sayang
mmg sesuai kalau nk bagi hadiah 
cite yg ringkas dan mudah difahami
tp 
sebelum hadiahkan kita perlu baca dulu..
aku suka tul kalau buku itu 
yang dekat ngan kehidupan aku
 siapa yg dh baca leh kongsi tk?