Friday, March 25

Cute Tak Layout Aku?

(Click untuk Gemukkan)
Cute layout baru FB aku ..huhu bos aku bagi keje lain yang aku buat sorry bos sbb anak buah bos ni expert sangat pasal it ni...heheheh so sape nk layout FB cute macam aku leh tengok di sini...
so nanti tak jemu sangat kalau nak  tgk FB korang kan? Yelah Si Mark buta warna,beliau hanya boleh tengok biru dan putih(sumber dari sebuah akhbar k) so korg yang tak buta warna buat yang mcm aku nye..

Thursday, March 24

12 Mac 2011

 
Sepetang asar, adik aku,angah sudah bertukar status dari Cik ke Puan..

Moga berbahagia.. aku? hurm hanya berdoa agar segala urusan jodoh ni dimakbulkan so my mision ialah simpan duit je..aku akan jemput rakan2 blog..nk minta Chef kak Sari Yusa  masak lauk pengantin boleh tak?pastu minta mekcuk buat hadiah kawen hehehe...jangan marah ye kita gurau..je..

Tuesday, March 22

Bas Merah Jambu

Pepagi hujan turun dengan renyainya..aku bangun dengan gaya malas
aku terpaksa gagah jugak bangun pagi sebab nk bilas baju + jemur untuk bawa g program selama 13hari..huhu aku siap segala kerja rumah berserta dengan  persiapan nk keje dengan gaya berlari2 anak aku ke perhentian bas
 nasib baik hujan belum lebat syukur..
kelihatan bas untuk wanita datang dari jauh mengambil penumpang....aku tak naik bas tersebut sbb aku tunggu teksi dengan secara kebetulan ada lelaki suami kepada seorg wanita berada disitu juga yang mahu naik bas tersebut tetapi di halang oleh pemandu bas tersebut kerana bus tersebut hanya untuk wanita..terdengarlah rungutan dari beberapa org lelaki dan seorang isteri yang mentaliti agak rendah..
rungutan pertama dari suami
''hish bas untuk wanita pulak''
rungutan kedua isteri
''menyusahkan je"
aku dengar rungutan mengantuk aku beransur hilang dan boleh bertukar jadi naga hembus kalau dengar rungutan lelaki ini yang bekerja sebagai penyapu jalanan
'' ingat lelaki ini peraba ke..bodoh menyusahkan org..sape yang meraba kalau org ppuan sendiri ''
ditambahkan lagi minyak oleh rungutan isteri lelaki yang di halangan
'' tulah ingat dia(suami) muka peraba''
suami isteri selalu p keje naik kereta kebetulan kereta rosak so terpaksa naik bas bertambah unluck dapat bas merah jambu(bas untuk wanita) aku rasa nk bertukar naga pastu hembus api kat perungut2.. baru tahu..bikin panas dikala hujan lebat turun menyejukkan bumi..mahu sahaja aku beritahu dengan mereka yang tahu merungut bahawa dengan adanya bas seperti itu perempuan yang naik akan rasa selamat dari diraba dan pelbagai perkara senonoh yang tidak dinginkan..jangan fikirkan kepentingan diri sendiri tetapi fikir kalau perkara yang tidak diinginkan terjadi pada ahli keluarga sendiri ..ingat setiap benda yang dibuat oleh pihak rapid adalah permintaan dari kaum yang dilahirkan seorg perempuan dan pernah menjadi mangsa raba termasuk aku..malas nk cerita kejadian tersebut..aku bukan nak provoke kaum lelaki tp jangan tunjuk yang anda rendah IQ sbb lelaki ini ada 9 akal 1 nafsu berbanding wanita 9 nafsu 1 akal..so kalau nk merungut fikir ahli keluarga anda yang akan lalui perkara ini...

Monday, March 21

Nombor Giliran

Setiap kali aku nk p program je 
aku mesti g bank..sesampai saja di bank aku diberikan giliran yang berapa pun aku tak kisah janji urusan aku selesai..so nk dijadikan n3 aku ni.. aku ni jenis panik yang suam2 kuku..kalau setiap kali nombor giliran tu berbunyi aku jadi panik..yelah kalau time nombor aku naik je mula la aku fikir kalau aku terjatuh ke depan tu mcmna?  malu siot...
kalau terjatuh di waktu tu aku akan menari ke..untuk cover cun balik hahah..
tak pun aku buat menangis atau buat pengsan
Sape setuju angkat tangan mcm aku?

Monday, March 14

Ragam Teksi

Lama tk update sbb ketandusan idea..hurm hari ini aku kaya amin...naik teksi dapat teksi pemandu yang separuh abad..n driver cina..bawa teksi  mcm siput sedut berjalan hurm aku rasa kalau siput sedut nampak aku naik teksi tu gelak besar sbb slow giler ...pastu driver tu suruh aku tunjuk jalan pada driver yang separuh abad tu...dengan kuasa Allah ada van security lalu aku cakap dengan sopan santun sbb sememangnya aku penyantun orgnya 
"u ikut itu van k"
tiba2 driver tu menguatkan suaranya 
"u cakap kiri kanan sudah"
aku terkedu lalu terpikir aik aku ni sape anak2 dia nk marah...aku ni customer dan customer is always right..
aku bukan nak marah tp kalau service tak bagus sape nk naik teksi..kalau kita complaint kata pengguna kita mengada2 lah itu ini...kadang ada gak driver teksi yang baik..


Tuesday, March 8

Soseh aku bukan Medan Iklan kamu

Sepulang aku dari Penang terus aku tgk blog aku 1st sekali aku chatbox aku penuh dengan iklan yang tkde kena mengena langsung dengan aku nye blog..tujuan aku letak chatbox tu senang org nk bw bukan mengiklankan...aku nak marah tak guna gak so aku n3 bagi korg peringatan 
  to give up your track
@
untuk tinggalkan jejak kamu
kalau rasa n3 aku ni pedih buat korg yang link dengan blog aku hanya say sorry la ye...
aku mmg kejam di saat ini chat box penuh dengan iklan tegar sampai aku nk tgk org yang bw pun tak nampak..

Monday, March 7

Bahasa Cermin Diri

 Salam ..
Sabtu lepas yang lalu,aku ke Kedah atas urusan kerja, aku dan rakan ku ditugaskan salah sebuah sekolah yang tak kurang hebatnya.. Sementara pelajar memenuhi ruang dewan aku dengan sopan lagi santun menanya kan seorg cikgu lelaki yang berada hampir di tempat urusetia  perihal pengerusi majlis..tatkala cikgu itu sedang bermain handphone dengan penuh tatasusila aku menanyakan guru lelaki tersebut 
'Cikgu,cikgu ke yang jadi pengerusi majlis?' 
sopan tak aku tanya...?
'pengerusi majlis takda takda' 
dengan loghat Kedah,muka masam mcm kedondong ditambah dengan kesombongannya
menempek aku di situ....peh malu giler aku di khalayak ofismate.. jatuh air muka aku..
aku g depan muka cikgu lantas aku ambil hp dia pijak sampai jd debu cikgu tu melutut menitis airmata masa aku pijak hp mcm tu hahahaha kejam aku rasa..tp itu ilusi aku je... semasa kejadian itu berlaku seorg ustaz yang memberikan ceramah terperanjat dengan sikap cikgu tu...
aku tak sangka seorg guru yang menasihati anak muridnya supaya menjaga tingkah laku di hadapan kami tetapi perangai cikgu tu tidak seperti ketam mengajar anaknya berjalan
tak faham betul sikap guru sedangkan aku juga dulu bekas guru boleh sahaja cakap sopan santun dengan org ..bahasa yang cikgu tu guna tak mencerminkan keperibadiannya sebagai seorg guru...

Thursday, March 3

Exhausted + Happy

Salam... Lama tak beblog sini sibuk sgt so nak story mory sikit...Aku baru balik dari Penang serta Terengganu pehh 4h3m...rasa tak penah ber'travel' sedemikian heheh..tu pun sbb wat program so Pertama kali aku ke Terengganu..aku melihat kehebatan Kuala Terengganu yang mempunyai tempat yang bersih jugak dengan kemajuan ada aku rasa seperti di Kuala Lumpur...Hehehe...aku memuji pada kebenaran..aku menginap di Hotel Primula dengan dgn pantai Batu Burok..ejaan di signboard dia mcm tu so aku tulis je...aku dapat rasa makan ICT(ikan celup tepung) ni idea En Elias bila dia nk belanja makan..so jimat duit belanja heheh terima kasih En Elias...mana tk membulat badan aku ni..ditambah pulak air kelapa sebiji,sotong celup tepung dengan nasi goreng heheh..mmg menternak lemak (bak kata Cik Epal dalam blog beliau heheh) pic mmg aku tak letak sbb memberat blog aku nt..so kalau nk makan dtg lah ke Tganu mmg sedap sangat..aku beli baju batik lukis utk mak aku dengan keropok lekor yang sedap..